Tanggal 11 Januari lalu, maka genaplah 36 tahun usia penyanyi tersohor nombor 1 negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Dan bersempena ulangtahunnya, Datuk Siti telah menyumbangkan hadiah berupa wang sejumlah RM310,000 untuk mangsa-mangsa banjir diseluruh negara.
Datuk Siti Nurhaliza Derma RM310,000 Untuk Mangsa Banjir Sempena Ulangtahun |
"Alhamdulillah beberapa individu tampil memberi hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan jumlah keseluruhan kami berjaya kumpul ialah sebanyak RM310,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
"Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu," katanya.
Ditanya tentang perancangan dan azam baru sempena usia yang sudah bertambah, Siti akui berdebar dengan peningkatan usia dan mahu lebih menitikberatkan tentang soal kesihatan. Dia juga akan mengamal gaya hidup sihat dan melakukan pemerikasaan di hospital lebih kerap.
"Dengan usia semakin bertambah fokus saya kini adalah untuk lebih peka tentang kesihatan tambahan kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko penyakit seperti kanser payudara.
"Selain itu, saya ingin memperbanyakkan ilmu agama selain menjadi seorang muslimah yang lebih baik," jelasnya.
Psst: Selamat Hari Jadi, Datuk Siti Nurhaliza.
Sumber : Bernama
Post a Comment