"Terima Kasih Nedim & Nora Atas Bantuan" - Bayi Edriana Semakin Pulih

"Terima Kasih Nedim & Nora Atas Bantuan" - Bayi Edriana Semakin Pulih

Bayi berusia 5 bulan yang menghidap penyakit ekzema ini bertuah kerana kos rawatannya dibantu oleh pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish. Ayah kepada bayi Nur Edriana Maisarah mengucapkan terima kasih kepada pasangan ini dan rakyat Malaysia atas doa dan bantuan yang disalurkan.

"Terima Kasih Nedim & Nora Atas Bantuan" - Bayi Edriana Semakin Pulih
"Terima Kasih Nedim & Nora Atas Bantuan" - Bayi Edriana Semakin Pulih
Keadaan bayi berkenaan telah beransur pulih dan kulitnya sudah 60 peratus kembali seperti sedia kala. Ini perkembangan terbaru bayi menghidap penyakit ekzema itu.

Terima kasih Nedim dan Nora

ARTIKEL MENARIK: Fesyen Tudung Belit Neelofa Teruk Dihentam.. Lihat Reaksi Menyampah Para Netizen



Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan. Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai.


Ayah bayi tersebut, Shahril Azman bersyukur atas doa rakyat Malaysia dan bantuan yang telah dihulurkan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Pada mulanya, dia mengakui terkejut apabila anak Nedim meminta nombor telefon untuk dihubungi.

Saya tak sangka foto itu akan tular

2.jpg

Saya tiada niat untuk minta bantuan mana-mana pihak, saya muat naik di Facebook sekadar minta doa daripada rakan-rakan sahaja agar anak saya sembuh. Tidak sangka foto itu tersebar di Instagram sehingga Nedim sendiri menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan.

Shahril bertemu dengan Nedim kali pertama pada 11 April lalu di pusat perubatan berkenaan. Malah, dia juga tidak percaya pasangan ini akan tampil menghulurkan bantuan kepada anak perempuannya.


Saya tidak tahu nak balas bagaimana jasa mereka, saya harap ada kesempatan untuk bertemu mereka sekali lagi suatu hari nanti.

3.jpg

Sumber: Ohbulan.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post