Mejar Zaidi yang dipecat 3 tahun lalu minta bantuan ehsan menteri pertahanan ‘mat sabu’ supaya dikembalikan semula jawatan

Mejar Zaidi yang dipecat 3 tahun lalu minta bantuan ehsan menteri pertahanan ‘mat sabu’ supaya dikembalikan semula jawatan

Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu meminta pertolongan dari Kementerian Pertahanan atau beliau dibayar pencen.

Mejar Zaidi yang dipecat 3 tahun lalu minta bantuan ehsan menteri pertahanan ‘mat sabu’ supaya dikembalikan semula jawatan
Mejar Zaidi yang dipecat 3 tahun lalu minta bantuan ehsan menteri pertahanan ‘mat sabu’ supaya dikembalikan semula jawatan


Menurut Zaidi, kerajaan sekarang boleh mengisytiharkan penamatannya daripada perkhidmatan tentera sebagai “haram dan bermotivasi politik.”

“Kerajaan juga boleh mengembalikan jawatan saya sebagai juruterbang dengan kedudukan sebagai lettenan kolonel bersama Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: “Buat kerja, jangan sibuk mengungkit”-kenyataan sensasi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli boleh memecah-belahkan PH


“Kementerian Pertahanan juga boleh meluluskan pencen saya dan sebarang ganjaran untuk perkhidmatan saya selama 26 tahun dengan TUDM,” katanya semalam selepas menyerahkan surat rasmi kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.



Salinan surat itu juga dihantar kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mohamad berkata beliau akan mengkaji kes Zaidi dan mengambil tindakan jika perlu.

“Saya baru saja masuk ke pejabat saya, tolong berikan saya sedikit masa untuk mengkaji kes Zaidi,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu sebelum acara berbuka puasa di Tasek Gelugor semalam.

Gambar sekadar hiasan


Zaidi dipecat dari tugasnya oleh mahkamah tentera TUDM pada tahun 2015 selepas beliau mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal.


Beliau membuat laporan polis semasa pilihan raya umum 2013, yang dianggap melanggar etika kerja beliau.

Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya.

Panel lima hakim, diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S Nadzeer Salehuddin.

Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata tindakan Zaidi mendiamkan diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk sabitkannya bersalah.




Sumber: Malaysiakini & lanunselatan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post