Majlis Penasihat Kerajaan baharu sahaja diumumkan Tun Mahathir, tetapi apa yang mereka buat satu jam kemudian sangat mengkagumkan

Majlis Penasihat Kerajaan baharu sahaja diumumkan Tun Mahathir, tetapi apa yang mereka buat satu jam kemudian sangat mengkagumkan

Pada 12 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada lima orang pakar ekonomi dan kewangan terunggul di Malaysia atau dikenali dengan gelaran ‘Council of Elders’, untuk menasihatkan kerajaan baharu Pakatan Harapan dalam hal negara selama 100 hari.

Majlis Penasihat Kerajaan baharu sahaja diumumkan Tun Mahathir, tetapi apa yang mereka buat satu jam kemudian sangat mengkagumkan
Majlis Penasihat Kerajaan baharu sahaja diumumkan Tun Mahathir, tetapi apa yang mereka buat satu jam kemudian sangat mengkagumkan
Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, taikun perniagaan yang digelar ‘Raja Gula Malaysia’, Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi terkemuka Malaysia yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Profesor Jomo Kwame Sundaram.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Nasib Potret Najib Di Premis Kerajaan.. Kesian Juga..



Kredit foto: Says.com (Edited)

Majlis Penasihat Kerajaan bukan sahaja akan menasihati kerajaan Pakatan Harapan, tetapi juga akan menyemak segala urusan perniagaan yang telah dijalankan oleh 1MDB dan agensi berkaitan kerajaan yang lain.

Sebaik sahaja Tun Mahathir mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan ini di Menara Yayasan Selangor pada 12 Mei 2018, ahli majlis tidak lagi membuang masa dan terus mengadakan mesyuarat pertama mereka dalam masa sejam penubuhan. Kesemua pakar telah hadir kecuali Tan Sri Robert Kuok yang berada di luar negara.




Kredit foto: AIZUDDIN SAAD/NST ONLINE

Mesyuarat pertama Majlis Penasihat Kerajaan telah dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin dengan membincangkan keadaan dan situasi semasa ekonomi negara termasuk hutang negara, nilai ringgit, GST dan subsidi minyak.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, Tun Daim berkata, majlis akan mengemukakan beberapa langkah dan cadangan kepada kerajaan bermula dengan langkah pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak.

Katanya lagi, Majlis Penasihat Kerajaan akan memanggil pegawai-pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada mereka berkenaan projek-projek mega, hutang negara dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan seperti Tabung Haji, MARA dan FELDA.

Berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera dan Majlis Penasihat Kerajaan telah mengenal pasti mereka yang boleh membantu dalam siasatan kes 1MDB. Pasukan petugas khas ini berada di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan dan segala hasil siasatan akan dilaporkan terus kepada kerajaan.



Kredit foto:  Mukhriz Hazim/Malay Mail

Tun Daim juga memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa mereka akan dapat mengendalikan kesemua masalah yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan tidak akan menaikkan lagi hutang negara. Para pelabur bimbang pemansuhan GST akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Tun Daim berkata, “Selama 57 tahun, kita tiada GST dan kita tiada masalah. Apa yang paling penting kita dapat menghapuskan rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap.”

Tun Daim menekankan masalah lambakan ruang pejabat dan rumah kediaman yang tidak terjual perlu diatasi dengan segera. Begitu juga dengan kos keselamatan untuk sekolah. Kos menggaji pegawal keselamatan adalah lebih tinggi daripada nilai aset yang mereka kawal di sekolah.


Kredit foto: Bernama via Malay Mail

Menurut Tun Daim, Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Elders’ akan mengadakan mesyuarat dan perbincangan setiap hari selama 100 hari. Katanya dalam satu hari itu, mungkin akan terdapat beberapa kali peringkat mesyuarat.

Jadi mengapa ahli Majlis Penasihat Kerajaan perlu bermesyuarat setiap hari?

Tun Daim berkata dengan yakin dan berseloroh, “Saya ingin menghabiskan dan menyelesaikan semua masalah ini dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu tidur.”
Tabik hormat kepada semua ahli Majlis Penasihat Kerajaan. Mereka kembali menyumbang kepakaran dan pengalaman demi menyelamatkan negara tercinta.

Sumber: BERNAMA / SAYS via era baru

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post