Header Ads

(15 Foto) 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun Selepas Daki Bukit Batu Caves Untuk Pasang Bendera Parti Politik..

Loading...

Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Ke -14 yang telah ditetapkan pada 9 Mei 2018, semua parti politik yang bertanding telah membuat persediaan untuk menghadapi PRU kali ini.

(15 Foto) 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun Selepas Daki Bukit Batu Caves Untuk Pasang Bendera Parti Politik..
(15 Foto) 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun Selepas Daki Bukit Batu Caves Untuk Pasang Bendera Parti Politik..
Antara aktiviti yang wajib diadakan oleh setiap parti adalah memasang poster dan bendera di tepi jalan, di kampung-kampung dan taman-taman perumahan untuk menunjukkan bahawa parti mereka serius untuk menghadapi PRU kali ini.

Malam tadi telah berlaku satu peristiwa yang tak dijangka apabila sekumpulan lelaki yang dikatakan baru lepas memasang bendera parti politik di puncak bukit batu caves sesat dan tidak menemui jalan untuk turun semula ke bawah.


ARTIKEL MENARIK: TERKINI Nurliyana Kritikal.. Mohon Doakan...


Dua puluh lelaki yang mendaki bukit Batu Caves untuk meletakkan bendera parti politik di puncak bukit berkenaan tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak, malam tadi.

30708102_1901815203196006_30246246711704

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan petang semalam, sebelum hari gelap.

"Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.

"Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ali berkata, semua mangsa berjaya dibawa oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong 12.30 tengah malam tadi sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 malam.

"Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun," katanya ketika dihubungi.



Difahamkan mangsa diberikan makanan ringan dan air selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit berkenaan.

30704031_1901815323195994_46636883013313

30706233_1901815446529315_81706316279746

30706703_1901815029862690_23728498033159

30707386_1901815596529300_24163790133930

30707834_1901815386529321_13488280368578

30708102_1901815203196006_30246246711704

30716751_1901815359862657_56723751232822

30725241_1901815256529334_62651713670841

30727140_1901815503195976_84790049368881

30727579_1901815063196020_27424174927301

30729396_1901815109862682_63028478424068

30738583_1901815559862637_74454667942124

30741278_1901815663195960_13934909422074

30742845_1901815129862680_17600306324334



 via PenmerahPress
-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments