Berat seekor udang galah gergasi ini dianggarkan mencecah sekitar 4.5 hingga 5.5kg, boleh dikatakan bahawa udang galah ini sangat berat.
Semua Orang Sangat Gembira Ketika Berjaya Menangkap Udang Galah Gergasi, Tetapi Sebaik Sahaja Kapten Kapal Melihat Udang Tersebut Dia Berkata: “Kita Tidak Boleh Makan Udang Ini…” |
Sewaktu penangkapan dibuat, kapten kapal akan memeriksa setiap ekor udang galah dan beliau menunjukkan salah satu udang galah itu tidak boleh dimakan.
Alasan yang diberikan oleh kapten tersebut adalah mendapati bahawa udang galah yang ditangkap mereka adalah jenis betina. Ini melanggar prinsip yang telah ditetapkan oleh kapten kapal, dia juga mengatakan bahawa melepaskan udang galah betina akan menghasilkan lebih banyak telur dan udang galah bayi.
Dengan cara ini, udang galah tidak akan menjadi spesies terancam pada masa akan datang dan kita tetap akan merasa lazat dan nikmatnya isi udang galah.
ARTIKEL MENARIK: Kek Perkahwinan Termahal Dunia Dengan Perincian Mutiara Dan Berlian. Tapi Kenapa Macam Pelik Jer??
loading...
Apabila kapten mengangkat ekor udang galah tersebut, ia sejurus mengetahui bahawa udang galah yang dipegangnya itu adalah jenis betina.
Kapten kapal itu tidak teragak-agak untuk melapaskan kembali udang galah tersebut semula ke laut. Beliau mahukan populasi udang galah sentiasa mencukupi dan bekalan untuk permintaan pasaran juga meningkat berkali ganda.
Jika mereka tidak lakukan inisiatif ini, perniagaan terhadap udang galah akan merosot dan segala usaha untuk mereka turun ke tengah laut akan di sia-siakan.
Sukar untuk menemui seorang kapten kapal yang berhati mulia, jika dibandingkan dengan kapten-kapten yang lain dimana mereka pentingkan keuntungan berbanding memelihara populasi udang galah.
Kapten seorang insan yang hebat, dia mengekalkan prinsipnya tidak bersifat tamak menagkap atau membunuh hidupan lain yang ditangkapnya dan amat mencintai hidupan alam agar populasi udang galah akan terus mengembang. Inilah dedikasi kerja yang beliau tanamkan pada hati untuk seumur hidupnya.
Kapten kapal ini layak mendapat penghormatan daripada mana-mana pihak, tidak kah kita tertanya bagaimana beliau membezakan jantina udang galah dengan hanya mengangkat ekornya sahaja?
Di sini kita akan mengetahui bagaimana membezakan jantina udang galah.
Biasanya ada tiga ciri-ciri yang ditunjukkan pada luaran udang galah untuk mengetahui jantina. Antaranya adalah:
1. Perbezaan saiz ekor
Udang galah betina mempunyai ekor yang lebih luas berbanding dangan udang galah jantan, kerana fungsi ekornya yang lebih lebar bertujuan untuk melekatkan telur ke ekornya.
2. Saiz swimmerets
Gambar pertama juga menunjukkan bahawa swimmerets betina adalah lebih lebar daripada swimmerets jantan.
3. Mempunyai sepasang swimmerets pada permulaannya (berdekatan dengan kepala)
Udang galah betina mempunyai lampiran berbulu yang dikenali sebagai swimmerets ataupun pleopod di bawah ekornya. Swimmerets ini membantu udang galah berenang dan juga menahan telurnya.
Sepasang swimmerets yang berhampiran dengan kepala mereka juga memberi petunjuk kepada jenis jantina udang galah samada ia betina ataupun jantan.
Jika betina, swimmerets mereka berkulit lembut manakala bagi spesies jantan pula swimmerets mereka keras dan kelihatan seperti tulang.
Berapa lamakah udang galah ini mencapai usia matang?
Udang galah dewasa betina boleh menghasilkan kira-kira 10,000 telur dan telur tersebut diletakkan di bawah ekor. Udang galah yang selaku sebagai ibu akan membawa telur ini selama setahun sebelum mereka menjadi lavas. Daripada 10,000 lavas ini, hanya 1% daripada mereka akan berjaya mencapai usia matang.
Udang galah akan membesar ketika membentuk kulit cangkerang, pada usia sekecil ini mereka hanya mampu melindungi diri mereka di sebalik kulit tersebut.
Proses pembentukan kulit baru ini akan berterusan sehingga 7 kali sebelum dianggap sebagai udang galah dewasa.
Ia juga mengambil masa 7 tahun sebelum ia mencapai usia matang sebelum dibenarkan untuk menangkapnya secara sah. Tetapi secara keseluruhannya seekor udang galah dewasa boleh diambil ketika cecah usia 8 tahun.
Terdapat juga tolok ukuran yang dijual berfungsi sebagai alat ukuran yang menentukan sama ada udang galah tersebut telah mencecah usia matang ataupun belum.
Sumber: http://www.erabaru.com.my/
Post a Comment