Ketika ini hubungan pasangan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli dikatakan menerima gangguan orang ketiga.
"Sekali Terluka, Selamanya Akan Ingat" - Luahan Emma Maembong Hubungan Bergolak Dengan Kamal Adli? |
Malah dakwaan itu seakan diiyakan Emma sendiri yang kerapkali memuat naik kapsyen di Instagram memberi bayangan perhubungan mereka dilanda badai.
Dan yang terkini, aktres berusia 25 tahun itu membuat luahan perasaan yang dipercayai ditujukan kepada teman rapatnya itu.
"Sekali apabila seseorang sudah benar-benar menyakiti hati kamu, ia akan selamanya berbekas dalam fikiran walaupun masih terukir senyuman di wajah," tulisnya penuh bermakna.
ARTIKEL MENARIK: “Apa Masalah Perempuan Ni? Melampau-Lampau”-Azwan Ali Persoalan Sidang Media Joy Revfa
loading...
Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Entri itu secara tidak langsung memberi ruang kepada para peminat berkongsi pendapat mereka tentang apa yang terjadi kepada pasangan kekasih itu.
Selain pelbagai spekulasi yang dilontarkan, ada juga netizen yang tidak mahu Emma terburu-buru membuat keputusan mengikut perasaan.
Malah mereka mahu Emma mendapatkan kesahihan sebenar atas apa sahaja dakwaan yang didengarnya tanpa bergantung sepenuhnya kepada kisah yang diwar-warkan oleh pihak ketiga.
"Kaspyen ini ada kaitan dengan berita Emma, Kamal dan Zahirah ke?" tulis seorang peminat bernama @shamimiyusof_nsa di ruangan komen.
"Betul ke gosip tu? Harap Emma ada bukti dan lihat sendiri, bukan sekadar cakap-cakap orang. Kalau betul, harap Emma tabah," ucap @asmawatimahmood.
"Fitnah ada di mana-mana, tolong tenangkan diri dan berfikir secara rasional," kata @laily_mustapha.
"Ini semua dugaan. Ingat bagaimana awak menerima dia dan menjadikannya sebagai kekasih," tulis @qasehhanna_ pula.
"Jangan risau, gembira selalu Kak Emma! Bukan ada seekor ikan sahaja di laut, banyak lagi. Pandang ke hadapan, carilah pengganti yang lebih baik," tegas @ninerz96.
Dalam perkembangan lain, Emma muncul sebagai teraju utama bersama aktor Alvin Chong dalam drama bersiri Awak Suka Saya Tak? yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Sumber - https://iluminasi.com
Post a Comment