Semoga Allah Masukkan Mereka Yang Terkorban Ke Dalam Syurga. Aamin.
ALLAHUAKBAR. Luahan Kakak Pelajar Tahfiz Yang Maut Ni Buat Ramai MENANGIS… |
Tragedi tahfiz beberapa hari yang lalu telah mendapat liputan meluas di seluruh negara. Kakak salah seorang mangsa pelajar tahfiz yang terkorban telah memuatnaik status di IG perihal adiknya. Allahu sangat sayu….
ARTIKEL MENARIK: “Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,”
loading...
ADIK MENANGIS MASUK TAHFIZ
Adik, budak manja. Baru baru masuk tahfiz nangis sbb basuh baju sendiri teringat mak. Rindu. Lepastu terus mak tak bagi basuh dahh.
Tiap mggu kak waa & kak lia dtg tgk. Nampak kitorg sampai je bebudak tu excited jerit achoi kakak kau datang. Alahai rindu.
Sampai satu hari adik bagitau kena pindah building baru, sbb nak renovate. Sementara je tp maybe lama. Tak sangka selamanya habis dekat situ. Kak waa tak pernah lawat dah dekat tempat baru ni
MASUK TAHFIZ ADIK JADI PENDIAM
Masuk tahfiz ni adik jadi pendiam, tp kak waa tahu byk benda adik sorok. Tgk air muka adik cuba senyum tp sayu je. Bila tanya adik nangis, baru adik cerita. Hm sbr la dik, dugaan nak tuntut ilmu Allah. Adik rindu suasana rumah dgn family. Hm
Adik tulis no kak waa dkt kertas, demam ke apa adik mesti call kak waa suruh amek. Last raya haji aritu, adik call. “Kak waa esok achoi dah boleh balik amek pagi pagi tau, pkl8 pagi!”
ADIK BERAT NAK BALIK TAHFIZ
Adik berat hati nak balik tahfiz, asyik tangguh. Balik kerja je adik yg buka pintu. Bila tanya nape adik tak balik lagi? Adik sengih je ckp esok la. Rindu sengih tu 😌 Dua tiga hari mcmtu. Mlm sblm balik tahfiz, adik gaduh dgn nadhir berebut main phone haha
KALI TERAKHIR TENGOK ADIK
Gaduh punya psl tak tidur dgn nadhir, adik tidur dgn kak waa. Lama kak waa tenung adik kt sebelah, tgk adik tidur & that was the last time i saw you adik. Tak dpt tgk jenazah adik, sbb mak dgn kak lia yg bg dna test je dpt tgk jenazah
Last2 kak lia hantar gak adik balik tahfiz, adik ckp adik penat nak habis cepat. Nak balik rumah, nak jaga mak. Berehat lah adik. Berehat selamanya disana 😊
Adik antara yg terawal pergi dulu dlm kebakaran tu. Adik struggle nak lepaskan diri, adik rempuh pintu tp 😢 Doc yg jumpa jenazah adik, angkat jasad adik yg terkaku depan pintu.
NANTI ADIK TARIK KAMI KE SYURGA YE
Adik teman ayah dekat sana ye, ayah mesti rindu adik. Jumpa abg kita omar juga. Kak waa tahu tak layak, tp adik tolong tarik kami semua sama sama masuk syurga 😔 Rindu. Kita terpisah di dunia. In Shaa Allah di alam sana kita berjumpa lagi. Terima kasih Allah beri peluang kami sekeluarga luangkan masa bersama arwah, beraya bersama sama utk kali yg terakhir. Adik tetap dalam kenangan, tetap dalam hati kami ❤️
Sumber: IG Nazra
Post a Comment