“Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,”

“Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,”

Tumpat : “Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,” kata Noor Fatihah Osman, 23, isteri Allahyarham Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25, ketika ditemui di rumah keluarga mentuanya di Kampung Tujuh, di sini, semalam.

“Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,”
“Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,”

Mohd Amrul Nizam maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Beliau berkata, ketika kejadian, suaminya tidur bersama pelajar di tingkat tiga maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, walaupun bilik tidur guru dan warden di tingkat dua, suaminya bersama seorang lagi rakan memilih untuk tidur bersama pelajar.

“Saya difahamkan ketika kejadian, Allahyarham berjaya menyelamatkan diri, tetapi masuk semula ke dalam bilik terbabit untuk menyelamatkan pelajarnya.

ARTIKEL MENARIK: Kes Sudah Selesai.. Inilah Wajah-Wajah Suspek Yg Membunuh 21 Pelajar & 2 Guru Tahfiz

loading...


“Namun cubaan menyelamatkan pelajarnya tidak berjaya apabila dia turut terperangkap dan meninggal dunia dalam kebakaran itu.

“Dia sangat baik dan tidak pernah menyakitkan hati sesiapa serta suka menolong orang yang dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di rumah keluarga mentuanya, semalam.




PENDUDUK kampung bersama anggota keselamatan menurunkan jenazah Mohd Amirul Nizam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujuh, Pengkalan Kubur. FOTO Fathil Asri

MAIK menyampaikan sumbangan RM2,000 masing-masing RM1,000 kepada keluarga Allahyarham Mohd Amrul Nizam dan keluarga Allahyarham Mohamad Danial Md Amin, 14, di Bunot Payong, Kota Bharu.

Noor Fatihah yang juga pelajar semester tujuh Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Universiti Sains Islam Malaysia, di Nilai, Negeri Sembilan berkata, arwah suaminya seorang yang bertanggungjawab kerana tidak pernah mengabaikan pelajarnya.

“Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham suami pada 11 September lalu dan dia sempat bermalam di Nilai sebelum pulang ke maahad tahfiz untuk menunaikan tanggungjawabnya. Ketika itu, hati cukup berat untuk melepaskannya pergi, namun saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Sebelum kejadian, arwah sentiasa mengejutkan saya bangun untuk solat Subuh, tetapi pada hari kejadian saya tidak menerima sebarang panggilan daripadanya.

“Pada jam 6.30 pagi hari kejadian, saya cuba menghubungi suami namun tidak berjawab. Selepas itu, saya dimaklumkan rakannya bahawa suami meninggal dunia dalam kebakaran,” katanya.

Menurutnya, dia akan mengingati pesanan suami supaya menamatkan pengajian walau apa yang berlaku terhadap dirinya.



Sumber: Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post