Breaking News

Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi

loading...

Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.

Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi
Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi

Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.


ARTIKEL MENARIK:
1. Inilah Sebab Utama Kenapa Jangan Bagi Anak Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun. Kongsikan Demi Kesihatan Anak-Anak...

2. Air Halia Panas Banyak Kelebihannya Terutama Untuk Wanita. Baca Sebabnya Di Sini

3. Resepi Pizza Mudah Tanpa Diuli Tapi Lazatttttt..!!

4. TOLONG SEBARKAN INFO PENTING INI !!! Ketahuilah Biji Selasih Sangat Berkesan KADAR GULA DARAH, KANSER, JANTUNG, SEGUGUT, GASTRIK, SAKIT GIGI, DAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT… Inilah Cara penggunaannya Yang Ramai Tidak Tahu...

5. "BARU 3 HARI CUBA, BADAN RASA RINGAN, KULIT JADI CANTIK" . Anda WAJIB Tengok. Cara Penyediaan yang MUDAH. KONFEM BERKESAN !

Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.

Jom kita baca penerangan daripada blog Vanilla Kismis tentang kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa ini dalam proses membancuh susu.



Seperti kezaliman bagaimana anda membacuh susu formula?

Selalunya cara di bawah ini bukan?

1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Memetik laporan portal berkenaan, ia menyatakan bahawa sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!

Kenapa?



Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.

3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.




Info tambahan

Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul, tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu.

Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu.

Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

Sumber: Siakap Keli

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments