Seakan Pasrah, Lihat Jawapan Balas Tun M Isu Dibatalkan Jemputan Ke Istana Negara
Seakan Pasrah, Lihat Jawapan Balas Tun M Isu Dibatalkan Jemputan Ke Istana Negara |
'Saya minta maaf, saya ambil ingatan Istana Negara milik Najib-BN'
ARTIKEL MENARIK:
1. VIDEO Persandingan Nik Abduh Dan Sharizat Viral Di Facebook
2. 'Camni Pelamin Pakej RM3K? Buat Naya Orang Je' (3 Gambar)
3. Bukti Kekuasaan Allah ! Cleaner Bangla Ini DIHINA Kerana Tengok Barang Kemas, Tapi Lihat Apa Yg Berlaku Padanya Selepas Tu !
4. GEMPAR!! Baru Jea Menyanyi LIMA PATAH PERKATAAAN, Semua JURI Serentak PUSING Kerusi Mereka..KORANG MESTI TERKEJUT!!! lihat sendiri (video).......
5. Kerajaan Myanmar Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap jemputan diterima menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Sebaliknya tanggapan beliau itu meleset selepas undangan itu dibatalkan.
Beliau berkata telah menerima surat jemputan itu dan mengatakan persetujuan untuk hadir pada majlis yang akan berlansung pada 13 Disember ini jam 11 pagi di Istana Negara.
"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
"Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
Artikal Berkaitan - Jemputan Tun Mahathir dan Isteri Ke Majlis Agong Dibatalkan, Lihat Surat Yang Tersebar Ini !
"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional," ujarnya ringkas dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Rabu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.
Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu bertarikh 5 Disember dan dialamatkan ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Kedua-dua surat yang membatalkan jemputan untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dimuatnaik di laan web Marina Mahathir kemudian menjadi viral di media sosial sejak dua hari lalu. -TDM
Post a Comment