WAJAH MANUSIA BERHATI IBLIS - Seksa Kanak-Kanak Guna Renjatan Elektrik

WAJAH MANUSIA BERHATI IBLIS - Seksa Kanak-Kanak Guna Renjatan Elektrik

RAKAMAN video kanak-kanak didera yang tersebar di laman sosial mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahukan pelaku ditahan dan dikenakan hukuman berat.

WAJAH MANUSIA BERHATI IBLIS - Seksa Kanak-Kanak Guna Renjatan Elektrik
WAJAH MANUSIA BERHATI IBLIS - Seksa Kanak-Kanak Guna Renjatan Elektrik

Dalam rakaman video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera dan diseksa seorang lelaki dengan menggunakan senjata seperti pistol renjatan elektrik.


ARTIKEL MENARIK:
1. Licik 4 Bersaudara .. lepas " PROJEK " di pusat kecantikan sempat lagi BERSELFIE (4 Gambar)

2. VIDEO: Tumbuk Mak Cik Tua Ketika Azan Berkumandang. Akhirnya Anak Muda ini Terima Balasan yang MENGERIKAN !

3. Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

4. Sayu : Mama cepatlah SEMBUH rayu anak .. Saksi cerita DETIK cemas dalam KESAKITAN mangsa tembak Puan Nurul Huda (5 Gambar)

5. Mayat lelaki dalam keadaan bogel yang hampir reput dan berulat dipercayai dibunuh

Kanak-kanak yang berbogel itu diseksa tanpa belas kasihan dengan alat pemukul nyamuk elektrik yang diubah suai dan diletakkan paku dibahagian atas untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi memberikan kesakitan kepada mangsa.

Bukan sahaja didera, kanak-kanak malang itu turut dipaksa memakan sesuatu selain mulut dan matanya ditutup oleh si pemangsa tersebut.
Cambodiadaily melaporkan kejadian tersebut berlaku di Mondulkiri, Kemboja yang membabitkan mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Susulan kejadian itu, empat lelaki masing-masing dua warga Kemboja, seorang warga Belanda dan seorang warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam video tersebut telah ditahan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kompong Cham, Heng Sambath berkata, dua warga kemboja yang dikenali sebagai Ret Sothy; 28, dan Oeu Nat; 25, serta seorang warga Belanda, Stefan Struik; 53, ditahan bagi membantu siasatan sekaligus membawa kepada penangkapan suspek utama iaitu seorang warga Vietnam, Nguyen Tangdung; 25.

Menurutnya, siasatan mendapati Struik memiliki ladang di Mondulkiri dan ibu bapa kanak-kanak malang tersebut adalah pekerjanya.
“Suspek utama telah menggunakan telefon bimbit Struik untuk merakam kejadian tersebut dan memuat naik ke dalam Facebook menggunakan akaun Struik.

“Selepas polis menjalankan operasi mencari suspek di dalam video tersebut, Struik telah menghantar Tangdung ke stesen bas pada Selasa lalu untuk melarikan diri ke Vietnam,” katanya suspek ditahan di Saigon, petang semalam.
Menurutnya, suspek ditahan kerana didakwa mendera dan mencabul kanak-kanak tersebut.

Jelasnya, Struik dan dua warga Kemboja dibebaskan petang semalam namun pemilik ladang itu bakal berhadapan dengan hukuman kerana menyembunyikan maklumat berhubung kejadian dera tersebut.

Timbalan Ketua Polis Mondulkiri, So Sovan berkata, suspek utama dan Struik dipercayai menjalinkan hubungan cinta serta menyebabkan dia membantu Tangdung melarikan diri.


Sementara itu, Pengarah Unit Perlindungan Kanak-kanak NGO (CPU), James McCabe berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan menerima bantuan daripada pelbagai agensi. – MYNEWSHUB.CC

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post