Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...


Menurut polis, Datuk Ong Teik Kwong merupakan ketua Geng 24, yang terbabit dalam pembunuhan, pemerasan dan pengedaran dadah


ARTIKEL MENARIK:
1. Sayu : Mama cepatlah SEMBUH rayu anak .. Saksi cerita DETIK cemas dalam KESAKITAN mangsa tembak Puan Nurul Huda (5 Gambar)

2. Mayat lelaki dalam keadaan bogel yang hampir reput dan berulat dipercayai dibunuh

3. Peragut Cedera Ditembak Pengawal Peribadi Datuk Selepas Ragut Rantai Emas Seorang Wanita

4. Terkini ! Inilah Wajah & Biodata Ringkas Suspek Insiden Tembakan Di Pulau Pinang (5 Gambar)

5. Tersebar ! Report Polis Saksi Dedah Perkara Mengejutkan Kes Tembak Datuk M (6 Gambar)

GEORGE TOWN: “Datuk” yang mati ditembak di Pulau Pinang pada Khamis lepas merupakan ketua kumpulan penjenayah yang terbabit dalam pembunuhan, pemerasan dan pengedaran dadah, kata polis.

Datuk Ong Teik Kwong, 32, merupakan ketua Geng 24 dan di bawah pengawasan polis, kata Ketua Polis George Town Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid dalam laporan eksklusif The Star hari ini.
Menurut beliau, polis mempunyai maklumat anggota kumpulan itu terbabit dalam wang perlindungan dan terbabit dalam pinjaman wang haram.

“Kumpulan itu salah satu daripada 14 kongsi gelap dalam pantauan polis. Kami mempunyai senarai ahli dan tahu pergerakan mereka,” kata beliau.

The Star melaporkan Geng 24 menjadi lebih terkenal selepas bergabung dengan kumpulan Sio Sam Ong, yang dikaitkan kepada pembunuhan 6 orang di Taman Bersatu, Sungai Petani, di makan malam pra-perkahwinan pada September 1992.

Sio Sam Ong dikaitkan kepada 10 pembunuhan di negeri itu, sejak penghujung 80-an dan awal 90-an.
Lima rangka dipercayai ahli kumpulan ditemui dengan tangan terikat di belakang badan, ditemui dalam kubur tak bertanda di Mount Erskine pada 1992. Mereka dikatakan dibunuh kerana mengkhianati kumpulan itu.

Teik Kwong antara beberapa orang yang dikaitkan kepada pembunuhan seorang penjual vcd oleh beberapa orang bersenjatakan parang pada 2011.

Pada Julai tahun lalu, polis merampas dadah bernilai RM1.5 juta dan wang tunai sebanyak RM1 juta dengan tertangkapnya 5 orang, termasuk 3 anggota Sio Sam Ong, dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang.

Pada Khamis malam, Teik Kwong dan 2 lagi terbunuh manakala 5 lagi cedera apabila pengawal peribadinya menembak mereka di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

The Star melaporkan Teik Kwong juga dikenali sebagai “Datuk M” untuk “Datuk Muda”, selepas dia menjadi salah seorang penerima anugerah yang termuda. Turut dilaporkan kawan-kawannya dan beberapa syarikat mengiklankan ucapan tahniah di 50 halaman penuh sebuah akhbar berbahasa Cina, bernilai RM150,000.

Kredit: freemalaysiatoday.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post