Tak nak BR1M, tak usah ambil - Najib jawab isu BR1M dianggap "DEDAK" !

Tak nak BR1M, tak usah ambil - Najib jawab isu BR1M dianggap "DEDAK" !

Rakyat diberi pilihan sama ada untuk menerima atau menolak pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Tak nak BR1M, tak usah ambil - Najib jawab isu BR1M dianggap "DEDAK" !
Tak nak BR1M, tak usah ambil - Najib jawab isu BR1M dianggap "DEDAK" !

Malah, kata Najib, jika menolak sekalipun, ia tidak menjadi masalah.


ARTIKEL MENARIK:
1. Minyak Masak Botol Mula Dijual, Lihat Harganya Boleh Tahan Juga !

2. Bantah Myanmar Bunuh Islam Rohingnya, Ini Amaran Keras Myanmar Kepada Malaysia

3. Video Api Puting Beliung memusnahkan Israel

4. Tak benarkan Azan, Israel Dilanda Kebakaran Tak Cukup Itu Ini Bala Terbaru Israel Yang Di Kirimkan Atas Perbuatannya Lihat Video Penuh

5. Nahas Pesawat Brazil, Rakaman Terakhir Juruterbang Ini Dedah Punca Nahas !

Beliau yang juga perdana menteri berkata, ini kerana BR1M bukanlah bertujuan untuk membeli undi sebaliknya satu usaha kerajaan Umno-BN dalam membantu rakyat yang dicadangkan oleh Bank Negara.

"BR1M ini kita buat bukan soal dedak tetapi cadangan Bank Negara. Bukan cadangan saya tapi keputusan Najib. BR1M bukan nak beli undi tapi nak bantu rakyat.

"Kalau orang tak mahu BR1M tak usah terima BR1M. Tak ada masalah," kata Najib semasa ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2016, di PWTC hari ini.

BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang pada mulanya hanya sebanyak RM500.00 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000.

Pada tahun 2013, lebih RM2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah seluruh negara.

Kata Najib, pada tahun hadapan, penerima BR1M akan dibayar secara 3 kali dan ia dibuat atas permintaan perwakilan Umno.

Pada Bajet 2017, Najib telah mengumumkan kadar BR1M meliputi semua empat golongan penerima yang membabitkan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi kategori penerima e-kasih, kadar BR1M dinaikan daripada RM1,050 ringgit kepada RM1,200.

BR1M bagi golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, juga dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

Sementara bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, jumlah BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan RN2,000 ke bawah, mereka layak memperoleh BR1M berjumlah RM450 tahun depan, berbanding RM400 tahun ini.

Kredit: Malaysiakini.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post