Header Ads

Reaksi Faiz Selepas TERKEJUT Namanya Tersenarai Dalam "Top 3" Puskas Award !

loading...

"TERIMA kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong saya.".

Reaksi Faiz Selepas TERKEJUT Namanya Tersenarai Dalam "Top 3" Puskas Award !
Reaksi Faiz Selepas TERKEJUT Namanya Tersenarai Dalam "Top 3" Puskas Award !

Demikian kata-kata Mohd Faiz Subri selepas namanya tercalon antara tiga terbaik untuk merebut Anugerah Puskas Fifa.


ARTIKEL MENARIK:
1. Matyo Dan Wan Zack Secara Rasmi Sah Berpindah Kepasukan Paling Terkaya Di Malaysia Untuk Musim 2017

2. Mengejutkan! Kedudukan Terkini Faiz Subri Dalam FIFA Puskas Award

3. Harimau Malaysia Tarik Diri Dari Kejohanan AFF Suzuki Cup 2016?

4. Respon Balas Jorgensen Setelah Bertindak Biadap Kepada Pemain Badminton Malaysia Iskandar Zulkanain

5. Bahasa Inggeris Berterabur? Takde Hal Lah- Pemain Bola Sepak Malaysia Dapat Pujian Rakyat Malaysia Atas Keberaniannya

Keputusan tiga jaringan terbaik itu diumumkan di laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), www.fifa.com semalam.

Menurut Faiz, dia kini semakin teruja lebih-lebih lagi impiannya untuk berjumpa dengan pemain idolanya yang juga bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan menjadi realiti.

"Perasaan sekarang ini...saya amat terkejut, teruja dan sangat gembira kerana saya tidak meletak sebarang harapan memandangkan pencalonan lain adalah pemain-pemain terkenal dunia.

"Apa pun, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada yang mengundi. Yang buat saya makin teruja apabila saya berpeluang untuk jumpa Ronaldo, pemain yang saya kagumi," katanya.

Ujar Faiz lagi, pencapaian ini bukan untuk dirinya atau pasukan, tetapi juga buat Malaysia.

Faiz yang bakal ke Zurich mempunyai peluang bertemu dengan pemain idolanya Ronaldo pada majlis itu kerana pemain kebangsaan Portugal itu tersenarai bagi anugerah Pemain Terbaik Lelaki Fifa 2016.

Selain Faiz, turut terpilih ke pusingan kedua ini ialah Marlone dari Brazil dan pemain wanita pasukan Bawah 17 Tahun Venezuela, Deyna Castellanos.

Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017.

Sebagai rekod, Faiz melakukan sepakan percuma ajaib ketika aksi Liga Malaysia ketika pasukannya, Pulau Pinang bertemu Pahang dalam jarak 32 meter.

Sepakan luar biasa itu menjadi fenomena bukan sahaja di dalam negara, malah menjadi perhatian seluruh dunia.

Kredit: sinarharian.com.my


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.