PANASS!! Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Khalwat Kali Kedua

PANASS!! Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Khalwat Kali Kedua

Pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi, pelakon Putri Mardiana sekali lagi telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump. Pasangan ini telah ditangkap khalwat di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.

PANASS!! Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Khalwat Kali Kedua
PANASS!! Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Khalwat Kali Kedua
Berita ini benar-benar mengecewakan kami dan juga para peminat hiburan. Haishh! apa nak jadila dengan dunia sekarang yer? Hurmm,, dimanakah letaknya sifat malu dan harga diri seorang wanita? Apabila timbulnya isu sebegini yang membabitkan golongan artis, bukan nama diri sendiri aje yang tercemar malah turut terkesan bagi mereka yang bergelar artis.

Baca: Saya Dijadikan Kambing Hitam Kata Puteri Mardiana

Baca: Ister Dedah Putri Mardiana Berbohong Suami Belum Lafaz Cerai

Baca: Putri Mardiana, Bekas Teman Lelaki Perangkap Kami

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.



Bagaimanapun, Nor Hasni enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Apapun, untuk tangkapan kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Putri Mardiana.


GosipMalaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post