Rozita Che Wan Akui Lebih Tenang Selepas Berhijab Setelah Pulang Dari Umrah

Rozita Che Wan Akui Lebih Tenang Selepas Berhijab Setelah Pulang Dari Umrah

Rozita Che Wan yang membuat keputusan untuk tampil berhijab sekembalinya beliau daripada mengerjakan ibadah Umrah di Mekah, mengakui beliau kini merasa lebih tenang dan seronok dengan perubahannya itu.

Rozita Che Wan Akui Lebih Tenang Selepas Berhijab Setelah Pulang Dari Umrah
Rozita Che Wan Akui Lebih Tenang Selepas Berhijab Setelah Pulang Dari Umrah
Niat untuk bertudung sudah lama ada di dalam hati Rozita. Sebelum ini beliau sudah mencuba langkah pertama untuk berhijab ketika menyambut hari lahir suaminya Zain Saidin yang ke 31. Namun, niatnya itu semakin memuncak apabila beliau mula menjejakkan kaki di kota Mekah.



Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini.
Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.
Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini.

Rasa untuk berhijab juga telah didorong oleh doa Zain yang pernah menyatakan hasrat untuk melihat isteri tercinta menutup auratnya.



Kata orang, kalau hidayah itu sudah sampai maka seseorang itu akan dapat merasa nikmatnya dalam membuat sesuatu perubahan yang baik. Rozita Che Wan juga tampak lebih manis dan ayu selepas mengenakan hijab kan? Sama-samalah kita doakan semoga kehidupan beliau lebih diberkati. Aminn

Sumber: Harian Metro


Post a Comment

Previous Post Next Post