‘Saya anggap di sinilah kubur suami’

‘Saya anggap di sinilah kubur suami’

JITRA – Tiada apa yang diharap­kan daripada Subhiah Roslina Shahibi, 57, selain berdoa agar jasad suaminya, Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke Sungai Padang Terap bulan lalu ditemui.

‘Saya anggap di sinilah kubur suami’



Malah, Subhiah juga tetap reda andai harapannya untuk ‘bertemu’ dengan suami tidak menjadi kenyataan.

ARTIKEL MENARIK:Suspek nampak baik, tidak sangka dia sekejam itu – Jiran Sabari


Menurut wanita itu, operasi pencarian jasad suaminya ditamatkan semalam dan pihak berkuasa juga melakukan yang terbaik, namun gagal menemui petunjuk.

“Kita sudah tahu yang arwah (suami) memang sudah tiada, keluarga reda dan terima (ketentuan) itu. Cuma harapan agar jasad ditemui tetap ada, andai tidak ada juga kita nak kata apa kerana ini semua atas keizinan Allah juga.

“Kita orang Islam, mana kita nak benda yang tidak elok. Kalau boleh kita mahu semua yang elok dan baik, kalau mati pun nak benda yang baik dan nampak depan mata. Kalau tiada, kita terima dan reda sahaja,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Sungai Padang Terap di Wang Tepus di sini semalam.

Selain Subhiah, turut kelihatan berada di lokasi semasa operasi pencarian ialah ketiga-tiga anak Sabari iaitu Suraiya Izzaty, 26; Nur Aina Sofiya, 28, dan Muhammad Amir Hakimi, 25, bersama ahli keluarga lain.

Katanya, dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan bakal kembali ke situ lagi selepas ini.

“Saya mungkin datang lagi kerana kawasan ini sudah jadi macam tanah kubur suami. Saya dan keluarga juga akan mengadakan solat ghaib dan tahlil buat arwah,” ujarnya.


Luahnya, walaupun sedih menerima apa yang berlaku terhadap suaminya itu, dia tetap berdamai dengan takdir.



Loading...


“Saya boleh terima tetapi sedihlah kerana kita manusia dan ada perasaan. Hati saya jadi sedih bila teringat momen bersama arwah.

“Saya juga alami banyak benda dalam hidup dan insya-Allah boleh terima apa berlaku. Selepas ini saya perlu menjalani kehidupan macam biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.

Kereta jenis Proton Waja dinaiki Sabari kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik dekat sini.

Polis kemudian mengesahkan Sabari menjadi mangsa bunuh dengan jasadnya dicampak ke Sungai Padang Terap di sini dalam keadaan tangan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post