Pelakon terkenal, Bella Astillah, telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Permohonan cerai tersebut dibuat atas dasar tiada persefahaman dan kekurangan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang) antara pasangan itu.
ARTIKEL MENARIK:“Kami Sekeluarga Mendapat Tamparan Yang Hebat…”-Aisyaah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Bella, 29 tahun, mengesahkan bahawa permohonan cerai telah difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
“Majlis perbahasan pertama telah ditetapkan pada Khamis, namun telah diawalkan kepada Rabu. Anak guam saya telah menghadiri mahkamah, tetapi Aliff tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Oleh itu, mahkamah menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan semula kes,” katanya.
Bercakap soal harapan, Bella memaklumkan dia harap berpisah secara baik dengan Aliff dan memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.
“Saya cuma berharap benda ini berlalu dengan cepat dan dapat menjalani hidup masing-masing. Semoga apa yang terjadi dapat perbaiki diri, ini juga pesanan untuk diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengapa dirinya nekad, Bella berkata, dia membuat keputusan demi kebaikan masing-masing.
“Apa yang buat saya jadi nekad ialah peluang demi peluang sudah diberikan. Bagaimanapun, Aliff tetap ayah kepada anak-anak saya.
“Saya mahu bercerai secara baik. Apa yang terjadi pastinya ada hikmah.
“Cinta semestinya harus memiliki, jadi saya sentiasa mendoakan yang baik untuk diri masing-masing,” katanya.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum ini telah mengesahkan penahanan pasangan yang dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Seputar info, Aliff, yang juga anak kelahiran Singapura, dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Namun, mereka sebelum ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah. Mereka mempunyai dua orang anak, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3, hasil perkahwinan mereka.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment