“Kami Sekeluarga Mendapat Tamparan Yang Hebat…”-Aisyaah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib

“Kami Sekeluarga Mendapat Tamparan Yang Hebat…”-Aisyaah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib

Adik kepada aktor dan penyanyi terkenal, Aliff Aziz iaitu Aisyaah tampil bersuara berhubung kontroversi yang melibatkan abangnya apabila ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon, Ruhainies, pada Sabtu.

“Kami Sekeluarga Mendapat Tamparan Yang Hebat…”-Aisyaah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib





ARTIKEL MENARIK:Mencari Saham Akhirat, Ezlynn Reda Bermadu Dengan Doktor Setelah Beri Kebenaran Suami Kahwin Lagi


Mendapat Tamparan Yang Hebat

Aisyaah menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa dia dan keluarga menerima tamparan yang hebat daripada orang ramai berhubung isu yang sedang tular itu.

“Ia masih diperkatakan pada beberapa hari ini. Kami sekeluarga telah menerima tamparan hebat. Tetapi saya tidak boleh menilai anda untuk itu.

Mungkin anda benar-benar tidak tahu. Mungkin bercakap dan menyebar mengenai hal itu membuatkan anda berasa baik.”-tulis Aisyaah di Insta Stories

Henti Sebar Aib

Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar henti menyebarkan maklumat yang tidak sihat atau ‘aib’ yang sedang menguji mereka.

“Tapi saya harap anda boleh menahan diri daripada menyebarkan maklumat yang tidak sihat atau ‘aib’ kerana kita mungkin diuji untuknya.

Kita semua tidak sempurna. Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain.”-titip Aisyaah


Loading...


Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap berkhalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada Sabtu.

Kemudian mereka berdua dibebaskan oleh pihak JAWI dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari yang sama.

Kita nantikan sahaja keputusan oleh pihak berkuasa. Apa komen anda?

Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post