Tampil ‘Backup’ Adik Berserta Bukti Mesej Dengan Ruhaines, Risteena Nafi JAWI Datang Rumah Jam 3 Pagi

Tampil ‘Backup’ Adik Berserta Bukti Mesej Dengan Ruhaines, Risteena Nafi JAWI Datang Rumah Jam 3 Pagi

Pelakon Risteena Munim muncul dengan penjelasan yang menyentuh mengenai kejadian kontroversi yang melibatkan adiknya, Ruhainies, dan Aliff Aziz dalam isu khalwat.

Tampil ‘Backup’ Adik Berserta Bukti Mesej Dengan Ruhaines, Risteena Nafi JAWI Datang Rumah Jam 3 Pagi



Dalam hantaran di Instagram Story, Risteena memaparkan bukti mesej yang menunjukkan bahawa dia merancang untuk bermalam di rumah Ruhainies pada malam kejadian.

ARTIKEL MENARIK:Sarimah Ibrahim, Mira Filzah, & Catriona Ross Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Bella Astillah!-“Ramai Sayang Bella…”


Menurut Risteena, dia tiba di rumah Ruhainies pada jam 11.30 malam, tidak seperti dakwaan media sosial yang menyebutkan jam 3 pagi. Dia turut menjelaskan bahawa adik perempuannya, Nur Riesha, juga sepatutnya bermalam di situ, tetapi kedatangan mereka terlambat akibat tuntutan kerja.


Risteena menjelaskan bahawa Aliff Aziz juga dijemput untuk makan malam di rumah tersebut. Aliff naik ke dalam rumah terlebih dahulu dan sempat berbual dengan Ruhainies sementara menunggu kedatangan adik-beradik Ruhainies.


Penjelasan Risteena ini dibuat susulan selepas Ruhaines membuka mulut dan mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Ruhainies dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff Aziz di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.



Loading...


Ujarnya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat tersebut berlaku.


“Pada hari tersebut, adik beradik saya merancang untuk tidur di rumah pada malam itu. Memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran, saya jemput untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga saya sejak 10 tahun lalu.

“Aliff juga bersetuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka. Risteena pula maklumkan dia dalam perjalanan ke rumah namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

“Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan penggambaran sebelum saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu namun tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk.

“Saya sangka itu adalah Risteena tetapi apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.

“Kemudian, saya hubungi semula kakak supaya datang secepat mungkin dan periksa siapa di depan pintu. Apabila dia sampai, dia sahkan itu adalah Jawi dan polis,” katanya.

Tambah Ruhanies, Risteena juga maklumkan bahawa isteri Aliff iaitu Bella Astillah dan pihak media turut berada di depan pintu.


“Jadi, atas faktor keselamatan dan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak saya meminta supaya saya tidak membuka pintu dahulu.

“Setelah berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pintu, barulah saya buka.

“Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku tetapi hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya pulang ke rumah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekaligus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post