Menerusi TikTok, pelakon jelita Rozita Che Wan berkongsi tentang segelintir selebriti wanita yang memakai tudung hanya kerana tuntutan kerja.
ARTIKEL MENARIK:Tampil ‘Backup’ Adik Berserta Bukti Mesej Dengan Ruhaines, Risteena Nafi JAWI Datang Rumah Jam 3 Pagi
Aaisyah nak pakai tudung sepanjang Ramadan
Video itu dirakam oleh Rozita Che Wan atau Che Ta untuk berkongsi tentang anak gadisnya, Aaisyah Dhia Rana yang memakai tudung.
Ujar Che Ta, Aaisyah memasang niat untuk memakai tudung sepanjang bulan puasa namun pesanannya di ruangan komen mencuri perhatian ramai.
Dia kata bulan puasa nak pakai tudung. Saya kata pakai tudung bukan bulan puasa saja. Bukan seronok seronok pakai sebab jadi model tudung. Tapi tutup aurat ni wajib sama macam solat dan puasa juga.
Ramai selebriti sarung tudung sebab dapat bayaran
Dalam pada itu, Che Ta turut mendedahkan tentang segelintir selebriti wanita yang tidak ikhlas menutup aurat sebaliknya hanya melakukan perkara tersebut kerana wang ringgit.
Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran. Jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab preintah manusia dengan bayaran.
@rozitachewan1 Dia kata bln posa dia nk pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bkn bln posa saja, bkn seqonok2 pakai sb jadi model tudung ka , tapi tutup aurat ni wajib aaisyah oiii sama mcm solat dan posa jgk .. qamai org pompuan kat luaq sana terutamanya selebrity ,sanggup saqung tudung cuma sebab dpt bayaran, jadi model tudung, !bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dgn bayaran ! jangan mcm tu cik oiiii malu dgn Allah ! Allah suruh tak buat, tapi manusia suquh tequih buat sb duit ! nauzubillah . Dia tgh cuti sekolah ni , qajin la masuk dapoq . #aaisyahdhiarana #fyp #perfumeaaisyah #roxy #foxy ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
Kredit -beautifulnara
Post a Comment