“Saya Dah Belajar Mengenai Islam Sejak Tujuh Tahun Lalu, Ia Adalah Kerelaan Hati” – Pelakon Kenji Sawahi

“Saya Dah Belajar Mengenai Islam Sejak Tujuh Tahun Lalu, Ia Adalah Kerelaan Hati” – Pelakon Kenji Sawahi

Pelakon yang seringkali terlihat di drama-drama TV tempatan, Kenji Sawahi memaklumkan bahawa dia sudah mempelajari mengenai agama Islam sejak tujuh tahun lalu bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.

“Saya Dah Belajar Mengenai Islam Sejak Tujuh Tahun Lalu, Ia Adalah Kerelaan Hati” – Pelakon Kenji Sawahi



Kenji atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah berharap dia akan memperoleh hidayah daripada Allah untuk memeluk agama Islam.

ARTIKEL MENARIK:“Buat Salah Macam Mana Pun, Anak Tetaplah Anak” – Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen



Saya sudah belajar mendalami Islam sejak tujuh tahun lalu. Apa dilakukan ini dengan kerelaan hati saya dan sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak pilih agama apa sebagai pegangan kekal.

Tambahnya lagi, dia belajar mendalami agama Islam kerana tertarik dengan sikap hormat menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

Kata Kenji, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan orang Melayu serta orang Siam di Perlis sekaligus membuatkan dia sudah terbiasa dengan kehidupan bersama orang muslim.

Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan.



Loading...


Sekadar info, Kenji Sawahi pernah membintangi drama-drama popular seperti Hijrah Jannah, Cinta Buat Dara dan Layang-Layang Perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post