Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat rasmi tidak hadir ke sekolah biasanya adalah surat yang ditulis oleh orang tua atau penjaga kepada pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat tertentu.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah



Ia mungkin berkaitan dengan pelbagai perkara, seperti meminta cuti tambahan untuk anak, memberi notis awal jika anak akan ‘absent’, memberikan maklumat tambahan berkaitan dengan kesihatan atau keperluan khas anak.

ARTIKEL MENARIK:Cara Dapatkan Kembali Salinan Sijil Peperiksaan Jika Hilang. Mohon Online Saja, Siap Pos Ke Rumah


Ianya juga adalah saluran formal untuk berkomunikasi dengan pentadbiran sekolah. Biasanya, surat rasmi ini digunakan untuk menyampaikan permohonan, aduan, cadangan, atau makluman penting kepada pihak sekolah. Berikut adalah contoh format surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

928df6b17e39159b18f5e131cfcb5f5e.jpg



Loading...


Contoh Format Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Jamal Abdullah Bin Ahmad Marzuki

1209, Taman Suka,

43100 Hulu Langat,

Selangor Darul Ehsan

 

Guru Kelas Tahun 1 Amanah,

SK Taman Suka,

43100 Hulu Langat,

Selangor Darul Ehsan

 

Puan,

PEMAKLUMAN ANAK JAGAAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH                                                         14 Disember 2023

Dengan segala hormatnya, saya Ahmad Marzuki penjaga kepada Jamal Abdullah ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya (PENAMA) tidak dapat hadir ke sekolah pada 14 Disember 2023.

 

2. Hal ini adalah kerana anak saya mengalami demam tinggi bermula pada petang 14 Disember 2023.

 

3. Saya ingin meminta maaf atas kejadian dan berharap agar pihak puan sudir mempertimbangkan surat ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

Ahmad Marzuki Bin Sudirman


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post