Budak 12 tahun tunggang motosikal sejauh 20 km

Budak 12 tahun tunggang motosikal sejauh 20 km

SHAH ALAM – Tindakan berani seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menunggang motosikal sejauh 20 kilometer (KM) atas alasan untuk bersiar-siar mengundang padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini, tengah malam tadi.

Budak 12 tahun tunggang motosikal sejauh 20 km



Kanak-kanak tersebut antara 55 penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam lebih dua jam bermula pukul 11.30 malam.

ARTIKEL MENARIK:Muat naik video kata kesat di TikTok sebab tak puas hati disaman


Kanak-kanak perempuan yatim itu ketika ditemui memberitahu, dia telah menggunakan alasan untuk meminjam motosikal jenis Honda Dash milik ibunya untuk keluar di kawasan perumahan di Pandamaran, Klang.

Katanya, keizinan diberikan ibunya telah digunakan untuk keluar bersiar-siar sehingga daerah ini bermula pukul 9 malam tadi bersama rakan perempuannya berusia 15 tahun.

“Saya cuma jalan-jalan di sekitar dataran sambil makan di sini. Lagipun ibu sudah tahu saya keluar cuma cakap sekitar rumah sahaja. Mungkin saya ini keras kepala sampai bawa motosikal ke Shah Alam,” katanya di lokasi kejadian.

Sepanjang operasi tersebut, terdapat seorang pekerja kilang berusia 19 yang ditahan dan saman oleh anggota polis sama dalam tempoh sebulan kerana menggunakan tayar sotong dan tiada cermin sisi.

Sebaik operasi tamat kira-kira pukul 2 pagi itu, kesemua 55 penunggang motosikal yang ditahan terpaksa menolak jentera masing-masing sejauh 4.1 kilometer ke IPD Shah Alam dari hadapan bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam.



Loading...


Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam, Deputi Superintendan SH Roslee SH Mohd. Norrani berkata, seramai 39 pegawai dan anggota termasuk dari Bahagian Siasatan Jenayah terlibat dalam operasi mencegah lumba haram di daerah ini.

“Antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, pengubahsuaian ekzos dan penggunaan tayar kecil atau sotong selain nombor pendataran.

“Sebanyak 43 buah motosikal pelbagai jenis telah disita dan 185 saman telah dikeluarkan menerusi operasi tersebut,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama ibu bapa dan penjaga agar memastikan keberadaan anak mereka pada malam minggu.

“Sekiranya menggunakan motosikal, sila mematuhi peraturan telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post