Muat naik video kata kesat di TikTok sebab tak puas hati disaman

Muat naik video kata kesat di TikTok sebab tak puas hati disaman

PARIT BUNTAR – Dua orang remaja ditahan polis kerana mengeluarkan kata-kata kesat dalam sebuah paparan video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Muat naik video kata kesat di TikTok sebab tak puas hati disaman



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, sebelum itu remaja berusia 14 tahun disaman oleh penguat kuasa trafik dalam satu operasi yang dijalankan di Ban Pecah Tanjung Piandang.

ARTIKEL MENARIK:“Asyik-Asyik Tumpang Negara Orang, Buat Hal..” – Individu Dedah Asal Usul Sebenar Makcik Kemboja, Bukan Orang Sana Rupanya


“Tidak puas hati kerana dirinya disaman, remaja itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa. Perbuatan itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sehingga tular di aplikasi TikTok.

“Susulan itu, pihak polis menjalankan penangkapan ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen Akta Komunikasi Multimedia. 



Loading...


Sebuah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya semalam.

Menurut Juna lagi, hasil semakan dijalankan suspek pernah ditahan sebelum ini bagi siasatan terhadap beberapa kesalahan jenayah. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post