Konsert artis luar negara terkenal, kumpulan Coldplay itu digesa olah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) untuk dibatalkan dengan segera sebelum berlangsungnya pada 22 November ini.
Kata Ketua Pemuda PUM, Dr Muhammad Alihanafiah Norasid itu, konsert itu perlu dibatalkan kerana dianggap tidak sensitif semasa masih berlangsungnya peperangan di Palestin. Hal tersebut juga dikatakan melalaikan umat Islam dan tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:“Mengalir Air Mata Saya Tengok Awak..” – Ajai & Mas Idayu Bangga Syahir Amzah Mula ‘Perform’ Di Pentandingan FD3
PUM menyelar sekerasnya penganjuran konsert ini.
Di saat saudara kita di Gaza sedang dibedil dengan sadis, sebahagian umat Islam hanyut dibuai mimpi dan kealpaan.
Loading...
Tambah Alihanafiah lagi, sekiranya kemungkaran ini tidak dibendung, mungkin saja bala akan diturunkan kepada bukan yang zalim sahaja tetapi kepada semua. Katanya jika konsert itu masih dijalankan, penganjur boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
Pada masa yang sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihati agar konsert Coldplay ini dibatalkan kerana bertentengan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat kita.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment