Tidak berputus asa setelah menerima kritikan pedas bertubi-tubi dari pihak juri sepanjang minggu Shila dan Syahir Amzah bertanding di Famili Duo Musim Ketiga (FD3), akhirnya pasangan adik-beradik ini layak meraih markah perfect 10 dari juri.
Kata salah seorang juri tetap, Ajai mengatakan dirinya amat terhibur dan bangga dengan persembahan Syahir berbanding sebelum ini yang kurang memuaskan. Katanya, dia gembira setelah adik Shila Amzah ini berjaya mendalami watak nyanyian.
ARTIKEL MENARIK:Ayu, Nourul sudah berbaik, normal ibu anak bergaduh – Ajai
I am proud of you Syahir, mengalir air mata saya ketawa tengok awak. Mula-mula sedih lepastu awak masuk part tarian, saya terhibur.
Tak paksa pun awak nak menyanyi dahsyat janji menghibur. Terima kasih menghiburkan kami.
Pada masa yang sama, komposer terkemuka ini juga menghargai persembahan Syahir pada malam itu. Meskipun dirinya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Syahir sebagai seorang penyanyi, namun kebolehan mereka berdua menyampaikan persembahan yang menarik itu cukup menambat hati para juri.
Bukan itu sahaja, Mas Idayu juga turut berkongsi rasa gembira dengan hasil nyanyian adik-beradik. Baginya dia tidak kisah juga adik lelaki Syahir ini tidak consistent sepanjang pertandingan kerana dia bukan seperti Syila yang sudah lali dengan dunia nyanyian.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment