Bahagia di luar tak semestinya bahagia di dalam. Itu yang dapat dideskripsikan tentang isteri pertama Abang Tesla seorang influncer yang sempat menjadi kontroversi tentang isu poligaminya itu.
Meskipun kelihatan gembira bersama, namun tiba-tiba isteri pertamanya memuat naik sebuah kenyataan yang menimbulkan persoalan.
ARTIKEL MENARIK:Graduan tersipu malu, Tengku Permaisuri Selangor betulkan lengan jubah
Hantaran tersebut merupakan sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok. Video yang menerima tontonan lebih sejuta itu memaparkan dirinya berlatarkan sebuah lagu nyanyian Afghan.
Terlihat ceria padahal hampir gila.
Berdasarkan video yang tiada sebarang info lanjut itu, netizen mula membuat spekulasi sendiri bahawa hubungan mereka suami isteri tidaklah indah seperti yang diwar-warkan di media sosial.
Pada masa yang sama, warganet juga menghubungkan isu ini dengan video lain yang dimuat naik oleh Abang Tesla yang membawa isterinya ini makan malam bersama. Namun, tak sangka pada ketika itu, suaminya memberitahu sebenarnya niat untuk berpoligami itu sudah lama dipendam cuma tidak terluah sahaja.
Loading...
Oleh kerana itu, netizen turut bersedih dengan nasib yang ditimpa oleh Majdina ini. Rata-rata hanya mampu mendoakan agar wanita ini diberikan kekuatan dalam mengharungi ombak rumah tangga yang tak sentiasanya mudah.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment