PETALING JAYA – Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sekali lagi mencuri tumpuan apabila membetulkan lengan jubah seorang graduan lelaki yang terlipat dalam satu majlis konvokesyen baru-baru ini.
Detik itu yang dikongsi Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi TikTok, memaparkan reaksi graduan tersebut yang tersipu malu ketika Baginda berbuat demikian.
ARTIKEL MENARIK:Lagi 14 laporan polis kes mulut celopar mak cik Kemboja
Sehubungan itu, graduan berkenaan yang dikenali sebagai Aiman berhasrat untuk menyimpan jubah tersebut sebagai kenangan manis.
Klip video dengan jumlah tontonan 1.9 juta itu turut menerima pelbagai komen lucu dari pengguna media sosial.
“Bang, letak tanda dekat jubah. Senang kami nak pilih nanti,” kata Tekanama1.
Loading...
“Lepas ini nak naik dengan ‘mortar board’ (topi) senget pula lah,” ujar Nina.
“Saya konvo nanti nak pakai jubah terbalik,” tambah Melon Musk. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital
Post a Comment