Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China – “Disebabkan Fitn4h, Tergendala Kerja”

Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China – “Disebabkan Fitn4h, Tergendala Kerja”

Adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Shafiq memaklumkan dia sudah pun terbang ke China atas urusan kerja pada Sabtu lalu.

Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China – “Disebabkan Fitn4h, Tergendala Kerja”



Menerusi perkongsian di TikTok, Shafiq memberitahu dia sepatutnya perlu ke China pada Khamis lalu namun terpaksa menangguhkan penerbangan disebabkan fitnah yang melanda diri dan keluarganya.

ARTIKEL MENARIK:Shuhada ‘Struggle’ Cari Duit, Hafidz Roshdi Didakwa Hanya Bagi Nafkah RM100 Setiap Anak




“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni (Sabtu) ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19 hari bulan. Disebabkan fitnah daripada pihak-pihak yang tidak bertangungjawab, menyebabkan tergendala kerja.

“Alhamdulilah. Hari ni Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kongsi Shafiq.

Pada perkongsian yang sama, Shafiq juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyebarkan fitnah terhadap dia, ibunya Fauziah Sarman, adik perempuannya Syada Amzah dan kekasih, Eiza.


Loading...


Malah, Shafiq juga sempat berpesan kepada semua orang agar memohon maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat.

“Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami (saya, mak, Syada dan Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain.

“Dan juga, silalah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat,” pesannya lagi.

VIDEO;

 

@_benamir Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertangungjwb, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah. Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah fitnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain. Dan juga, sila lah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat. #allahmahamengetahui #percayapadaqadadanqadar #doaibutiadahijab #rezeki_allah #janganacahsuci #hentikanfitnah ♬ Thank You Allah – Maher Zain

Bagaimanapun Shafiq masih mengambil pendekatan untuk menutup ruang komen di perkongsiannya di TikTok semenjak dikecam gara-gara kontroversi dengan kakaknya, Shila.

Sumber Gempak

Kredit -My TV Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post