Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar

Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar

Tindakan sepasang kekasih yang menyalakan suar semasa penggambaran pra-perkahwinan di Gunung Bromo, Indonesia membawa padah apabila ia menjadi punca kebakaran besar seluas 50 hektar dalam kejadian Rabu lalu, lapor Detik.com.

Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar



Kejadian malang tersebut berlaku di kawasan Bukit Teletubbies selepas suar dinyalakan bagi mengeluarkan asap sebagai kesan (effect) latar belakang penggambaran romantik mereka seperti yang diarahkan oleh penganjur perkahwinan.

ARTIKEL MENARIK:Detik-Detik Jambatan Dalam Pembinaan Runtuh Di India


Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana berkata, bagaimanapun idea yang dirasakan kreatif itu malangnya menjadi malapetaka apabila salah satu daripada lima suar yang digunakan mereka gagal dinyalakan.

“Satu suar yang gagal dinyalakan kemudian meletup dari letupan itu dan percikan api membuatkan padang savana (lokasi penggambaran) mula terbakar.

“Kebakaran besar terjadi dan seluas 50 hektar tanah diselimuti api yang marak,” katanya.

Jelas Wisnu, pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu daripada pengelola Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS) pada kira-kira 11.30 pagi hari kejadian.

Bagaimanapun, ketika bomba tiba di lokasi kejadian, padang tersebut telah terbakar dengan api yang marak.

Enam saksi sudah dipanggil termasuk bakal pengantin

Sementara itu, difahamkan enam saksi telah disoal siasat berhubung kejadian terbabit, termasuklah pasangan kekasih berkenaan serta kru penganjur perkahwinan mereka.


Loading...


Wisnu berkata Unit Siasatan Jenayah Probolinggo akan turut melakukan siasatan ke atas saksi lain yang terlibat dalam Kebakaran Hutan dan Tanah (Karhutla) di taman negara berkenaan.

“Saksi lain termasuk pekerja dari TNBTS, pemandu jip yang membawa penganjur perkahwinan akan disiasat.

“Kita juga telah bekerjasama dengan pakar jenayah dan pejabat pendakwa raya,” katanya pada Ahad.

Tambahnya, pengurus penganjur perkahwinan disyaki sebagai suspek kepada terjadinya kebakaran gunung tersebut

Manakala, pasangan kekasih yang mengambil gambar pra perkahwinan itu merupakan saksi kejadian.

Dalam rakaman tular di media sosial itu, kelihatan pasangan tersebut sedang bergembira mengambil gambar dengan memegang suar di tangan mereka.

Suar yang dipegang itu mengeluarkan asap yang banyak sebelum dipercayai mencetuskan kebakaran di gunung tersebut.

Sumber: Detik.comDetik News


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post