Detik-Detik Jambatan Dalam Pembinaan Runtuh Di India

Detik-Detik Jambatan Dalam Pembinaan Runtuh Di India

NEW DELHI — Sebuah jambatan yang dalam pembinaan di Bhagalpur, Bihar dilaporkan runtuh semalam, lapor India Today.

Detik-Detik Jambatan Dalam Pembinaan Runtuh Di India



Menerusi rakaman yang sempat direkodkan memaparkan detik-detik jambatan berkenaan roboh satu-persatu pada jam kira-kira 6 petang waktu tempatan.

ARTIKEL MENARIK:Lebih 200 terbunuh, 850 cedera dalam nahas kereta api di India


Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar berkata beliau telah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung tragedi itu.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung kejadian.

Jambatan Aguwani Sultanganj Ganga itu sedang dibina di Khagaria Bihar dengan kos Rs 1,717 crore.

Menurut laporan, jambatan itu juga mengalami  sedikit kerosakan akibat ribut pada April 2022.

Malah ia dilaporkan pernah runtuh pada dua tahun lalu.

Kejadian itu juga telah mencetuskan polemik antara parti politik. Difahamkan, Parti Bhartiya Janata  telah menyerang Nitish Kumar dengan pertanyaan mengenai isu itu.

“Nitish Kumar telah merasmikan jambatan ini pada 2015 dan dijangka akan siap menjelang 2020. Ia telah runtuh buat kali kedua, adakah beliau akan meletakkan jawatan serta-merta?,” soal pemimpin parti itu, Amit Malviya di Twitter.

Sementara itu, video ketika jambatan itu runtuh telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 132 orang dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan jambatan gantung di Morbi Gujarat, India 7 bulan lalu.



Loading...


Ketua Pegawai Keselamatan Morbi, Sandeep Singh Jhala berkata bahawa jambatan yang beroperasi selama 15 tahun itu telah diselenggara oleh sebuah syarikat.

Bagaimanapun, ia telah ditutup bagi memberi laluan kepada proses pengubahsuaian dan dibuka semula pada 26 Oktober lalu.

“Kami tidak tahu sama ada syarikat itu mempunyai lesen atau tidak untuk membuka semula jambatan tersebut,” katanya.

Sewaktu kejadian, seorang saksi melaporkan detik-detik ketika jambatan tersebut roboh hanya dalam beberapa saat.

Jambatan itu dipercayai sesak dengan ratusan orang yang berkumpul ketika itu.

Kejadian itu juga turut menjadi tular dan mendapat perhatian media antarabangsa.

 

#WATCH | Under construction Aguwani-Sultanganj bridge in Bihar’s Bhagalpur collapses. The moment when bridge collapsed was caught on video by locals. This is the second time the bridge has collapsed. Further details awaited.

(Source: Video shot by locals) pic.twitter.com/hMuoLmtXiD

— ANI (@ANI) June 4, 2023

Sumber: India Today


Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post