Kisah benar dikongsikan wanita ini tentang seorang lelaki ketika saat-saat akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir menggerunkan ramai warganet.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Syaurah Ishak menceritakan kisah tentang seorang pakcik yang sedang tenang di katil ICU dan dijaga oleh isterinya.
ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Akal Tinggal Kat Rumah” – Kayuh Tengah Lebuhraya, Geng Basikal Kena ‘Sapu’ Di Sepang
Apabila mendapat tahu suaminya sudah tidak boleh bertahan lama, si isteri memanggil ustaz untuk melawat suaminya dan ketika itu dia bertanya,
Ustaz, apa hukum kalau saya taknak jaga suami saya yang sedang sakit?
Tidak menjawab soalan, ustaz tersebut terus berbisik di telinga pakcik itu dan memintanya ikut beristighfar namun lain yang terjadi.
Tiga kali ustaz ulang ‘La ila ha illallah’ namun tiga kali itu juga pakcik berkenaan tidak mengikut sebaliknya hanya carutan yang keluar dari mulutnya.
@syaurahishak Kisah Benar: Mati tak boleh nak mengucap tapi mati dalam keadaan mencarut. #syaurahishak #learnontiktok #tiktokguru #motivasikehidupan #meninggaldunia? #reminderislam ? original sound – Syaurah Ishak
Kali ketiga, pakcik itu menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah dan selepas selesai pengebumian baru si isteri bercerita kepada ustaz terbabit.
Ustaz tahu tak, ssepanjang saya jaga suami saya bila dia sakit dia akan menjerit sakitnya kemudian mencarut.
Wanita itu juga sempat meminta agar ustaz tersebut mengingatkan orang ramai ketika berceramah agar tidak mencarut dan menjaga lisan.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment