Kecoh hari ini mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa perkahwinan selama 3 tahun bersama suami hancur musnah dek kerana kehadiran orang ketiga. Yang lebih mengejutkan adalah apabila orang ketiga berkenaan adalah anak kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang baru sahaja berusia 18 tahun.
Berikutan pendedahan itu, kakak kepada mangsa gangguan rumah tangga yang dikenali sebagai Nadiah Bt Mazlan tampil mendedahkan tentang kerosakan dan kesengsaraan adiknya akibat perbuatan Marissa.
ARTIKEL MENARIK:“Memang Sedap Bersangka-Sangka, Menambah Nambah Cerita” – Anak Gadis Dituduh ‘Sondol’ Suami Orang, Abby Abadi Respon…
Dalam hantaran Instagram Story itu, Nadiah berkata adiknya telah terganggu emosi sehingga menampakkan seperti dia mengalami masalah mental dan turut dibawa berjumpa dengan psikiatris.
Malah si suami turut bersumpah dengan nama Tuhan dan meletakkan cerai taklik kepada adiknya selain ‘play victim’.
Loading...
Nadiah juga berkata Marissa langsung tidak menjaga air muka ibu bapanya kerana telah membuatkan kedua-dua mereka datang ke rumah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Dia juga turut meluahkan rasa simpati terhadap kedua ibu bapa Marissa di atas apa yang terjadi kerana gadis berkenaan pernah bersumpah untuk tidak melakukannya lagi namun mungkir janji.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment