Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya didakwa telah menjadi mangsa buli di sekolah.
Dalam satu hantaran di Facebook, si ibu juga telah memuat naik foto anaknya yang mempunyai kesan contengan di tangan berbunyi “Kau Babi”, difahamkan telah ditulis oleh si pembuli.
ARTIKEL MENARIK:“Lebih Banyak Mudarat Daripada Manfaat” – Ustazah Asma Harun Kecam ‘Budak Step’ Di Acara Port Fest Ipoh
Sumber : Facebook
Alahai adik, mommy dah ajar balas balik dan lari kalau tak boleh lawan. Dia tak boleh buat, kesian Malaeka.
Si ibu kemudiannya telah membuat aduan kepada pihak sekolah mengenai perkara itu dan pelaku tersebut difahamkan telah disoal siasat serta mengaku bersalah.
Malah, turut dimuat naik tangkap layar perbualan antara si ibu dengan waris kanak-kanak yang membuli itu di mana si bapa berkata anaknya juga sering diganggu sehingga perlu datang ke sekolah untuk berjumpa guru.
Puan, saya ayah kepada ***, dah banyak kali anak puan ganggu anak saya. Banyak kali saya datang ke sekolah, anak punya yang kerap buli anak saya. Harap maklum.
Perkara tersebut dilihat berlanjutan di dalam grup WhatsApp di mana-mana ibu mangsa dan juga bapa pelaku dilihat bertengkar dan mendakwa anak masing-masing yang menjadi mangsa buli.
Sumber : Facebook
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon yang pelbagai terhadap isu tersebut.
Kata mereka, makin banyak golongan pelajar sekolah yang suka membuli dan berperangai samseng di belakang ibu bapa.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment