Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihidapi oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Menurut bekas ketua pemuda itu, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak awal 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.
ARTIKEL MENARIK:‘Inspektor Sheila’ sudah digantung tugas
Ramai Yang Mnedoakan Kesihatan Untuk Bekas Perdana Menteri Yang Ke-5
Baru-baru ini, tular satu video mengenai Pak Lah yang menyentuh hati rakyat serta netizen yang melihat. Video yang dikongsikan di laman sesawang instagram milik Nordin Kardi mendapat perhatian ramai apabila memuat naik video mengenai bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Nordin, dia memuat naik video keadaan terkini Pak Lah selepas mendapat kebenaran dari ahli keluarga untuk tontonan rakan-rakan Pak Lah yang sudah lama tidak bertemu dengannya.
Rata-rata pada video tersebut netizen turut teruja melihat keadaan terkini Pak Lah serta mereka mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buatnya. Ada juga sesetengah individu yang tidak berpuas hati kerana menunjukkan keadaan Pak Lah yang sebegitu.
“Sangat menyedihkan apabila ada orang yang sanggup memuat naik video Pak Lah dalam keadaan tua dan sakit,”-kata mereka
“Kawan baik yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan, Alhamdulillah”-ujar mereka
“Allahummaa moga Pak Lah terusss sihat dan sembuh, kami merindui dan menyayangi Pak Lah”-tulis mereka
“Moga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan SYIFA buat Pak Lah.. Syafakallah”-tambah mereka
VIA instagram
Apa-apa pun, semoga Pak Lah serta keluarga diberikan kesihatan, umur yang panjang serta mendapat keredhaan dan keberkatan dunia & akhirat.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment