Akhirnya temui noktah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu

Akhirnya temui noktah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu

Pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini.

Akhirnya temui noktah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu



Menurut laporan Kosmo!, Syamsul yang juga pengarah popular melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

ARTIKEL MENARIK:Rakan-rakan jerit suruh pengantin ‘kiss’, netizen kata patut la Ustaz Wadi balik awal


Hakim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah yang juga pelakon menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Akhirnya temui noktah


Foto: BERNAMA



Loading...


Dalam prosiding tersebut, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan itu bagaikan ‘drama’ yang tiada noktah apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan sehingga isu menjadi berlarutan di media sosial.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin)


Kredit -OH MY MEDIA.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post