“Pelanduk Dua Serupa Kot, Aku Dah Clean” – Fuad Rahman Nafi Ditahan

“Pelanduk Dua Serupa Kot, Aku Dah Clean” – Fuad Rahman Nafi Ditahan

Penyanyi berasal dari Singapura, Fuad Rahman menafikan dirinya yang ditahan pihak berkuasa negara kelahirannya itu, seperti yang tular baru-baru ini.

“Pelanduk Dua Serupa Kot, Aku Dah Clean” – Fuad Rahman Nafi Ditahan



Pengakuan tersebut dikongsi isteri Fuad, penyanyi Tom, di laman sosial Instagram (IG) nya malam tadi.

ARTIKEL MENARIK:“Dah Terang Lagi Bersuluh” – Ebit Lew Perjelas Tatu Mondy Dibuat Sendiri, Caprice ‘Upload’ Video Sebenar?



Menurut Fuad dia telah menerima banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas daripada rakan-rakan yang bertanyakan tentang hal (ditangkap) itu.



Loading...


“Saya bangun tidur tengok banyak mesej daripada kawan-kawan yang bertanya mengenai foto yang tular.

“Foto tersebut, merupakan foto seorang lelaki bertatu yang digari pihak berkuasa Singapura. Mungkin pelanduk dua serupa, saya okay di sini bersama anak-anak,” katanya.

Tambah Fuad lagi, kehidupannya ketika ini jauh lebih baik berbanding dahulu dan sudah ‘clean’ (bersih) daripada jenayah.


“Menurut Fuad lagi, kehidupannya ketika ini jauh lebih baik dan tidak lagi terlibat dengan jenayah. Saya clean, bersih dan well behave.

“Minta dijauhkan semua itu. Zaman saya sudah berlalu dan saya tidak lagi macam itu.

“Saya anggap ini sebagai pesanan, peringatan. Terima kasih kepada yang mengambil berat, jangan risau saya okay, Alhamdulillah,” katanya. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post