NEW DELHI, India – Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh, lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di negeri Odisha, timur India lewat kelmarin, kata pegawai-pegawai tempatan.
Wartawan AFP di tempat kejadian melihat kompartmen-kompartmen hancur terkoyak dan lubang-lubang berlumuran darah di lokasi nahas dekat Balasore, sekitar 200 kilometer (125 batu) dari ibu negeri Odisha, Bhubaneswar.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki Dedah Realiti Awal Wabak Covid-19 Di Wuhan Dibebaskan
Sebilangan gerabak terbalik, manakala pekerja -pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari dan mengeluarkan mangsa terselamat yang terperangkap dengan berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah cadar putih di sebelah landasan.
Loading...
“Kami mengira sebanyak 207 kematian, namun angka korban dijangka terus meningkat.
“Kerja menyelamat diteruskan di tempat kejadian dan kami akan mengambil masa beberapa jam lagi untuk selesai,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi kepada dari lokasi kemalangan.
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment