Syawal masih berbaki kurang dua minggu lagi, jadi pada minggu-minggu terakhir ni lah ada diantara hijabi yang mungkin tengah pulun mengemas rumah untuk menerima tetamu ke open house di rumah masing-masing pula.
Mungkin ada diantara hijabi yang mahu membersihkan karpet berdebu di rumah, supaya tetamu lebih selesa ketika berkunjung di rumah anda, bolehlah tetamu bersila diatas karpet mewah, gebu dan wangi itu nanti.
ARTIKEL MENARIK:Inilah Cara Hapuskan Rumput Liar Di Halaman Rumah Menggunakan Garam
Tapi, susahlah nak angkat, basuh dan sental karpet yang besar dan berat tu! Jangan risau sis, Hijabista kongsikan semula perkongsian mudah mencuci karpet yang di kongsikan oleh wanita ini, menerusi laman Tik Tok miliknya! Tak perlu angkat karpet pun. Hanya guna tiga bahan je, easy peasy!
Cuci Karpet Guna Mop Je! Lagi Bersih Dari Vacuum Weh
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun miliknya. Apa yang menariknya, teknik menyuci ini hanya memerlukan tiga bahan sahaja!
Bahan-Bahan:
1. Air Panas (Suku Baldi)
2. Garam Batu Himalaya (Himalaya Pink Rock Salt)
3. Dettol
Cara Mudah Mengemop Karpet Anda:
Pertama, hijabi perlu masak air hingga mendidih terlebih dahulu menggunakan cerek atau periuk.
Kedua, setelah masak, curahkan air ke dalam baldi hingga memenuhi suku bahagian baldi sahaja, kerana kita tidak memerlukan air yang banyak untuk mengelakkan karpet lambat kering dan akhirnya mengeluarkan bau masam dan kepam.
Ketiga, masukkan dua caca besar garam garam ke dalam air panas tadi, diikuti dengan satu penutup cecair sabun pencuci Detol. Kacau rata air tersebut agar bahan-bahan yang dimasukkan tadi terlarut sebati.
Keempat, boleh lah mulakan proses mengemop karpet. Tapi sebelum itu, pastikan anda perah mop itu sehingga benar-benar kering dan tiada air yang menitik sebelum mengemop permukaan atas karpet.
Jangan perah mop menggunakan tangan, kerana air yang panas boleh menyebabkan tangan anda berisiko melecur. Sebaliknya perah mop menggunakan sarung tangan getah atau alatan yang digunapakai khas untuk memerah mop.
Kelima, mulakan proses mengemop dengan menggerakkan mop di atas permukaan karpet, bertujuan untuk mengeluarkan segala kotoran dan debu tersembunyi.
Setelah selesai mengemop, keringkan karpet menggunakan kipas pada kelajuan tinggi. Supaya karpet lebih cepat kering dan tidak akan lembap hingga mengeluarkan bau yang tidak diingini seperti bau masam mahupun kepam.
Sekadar info, Hijabista menyarankan agar anda beli mop khas hanya untuk digunapakai bagi tujuan membersihkan karpet sahaja. Elakkan menggunakan mop yang sana untuk membersihkan lantai, mahupun ruang lain di rumah anda.
@zuriaty_musa Mood raya lambat datang nak masuk karpet dobi dah tutup jom try cara ni. #cucikarpet #PersiapanRaya #kecohrayatiktok #FreeFireRaya ♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim
Haa.. Lebih mudah bukan untuk membersihkan karpet di rumah anda kini. Tak perlu lagi bersusah payah mengangkat karpet. Cuma gunakan tiga bahan je, Settle! Selamat mencuba.
Sumber: TikTok @zuriaty_musa
Kredit -
Post a Comment