Seorang wanita perlu memastikan bahawa bra yang dipakai adalah saiz yang betul dan bersesuaian dengan payudara. Baju dalam atau juga dipanggil coli haruslah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Ini kerana untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan yang berpanjangan. Antara kesan salah saiz bra adalah boleh menyebabkan kanser payudara. Bagaimana ia boleh berlaku? Ikuti penjelasan lanjut di bawah untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda.
ARTIKEL MENARIK:Normal Ke Kalau Selalu Mengantuk Lepas Makan? Ini Penjelasan Doktor
KESAN SALAH SAIZ BRA, BAHAYA KALAU PAKAI!
1. KANSER PAYUDARA
Antara kesan sekiranya salah memilih saiz bra adalah boleh menyebabkan kanser payudara. Pastikan beli ukuran yang betul supaya darah dapat mengalir dengan baik.
2. TALI BRA MELOROT
Selain itu, ia juga akan menyebabkan tali baju dalam mudah melorot. Ini bermakna, anda perlu mengetatkannya untuk menyesuaikan dengan bentuk tubuh.
Kalau asyik melorot, memang kena beli bra yang betul dengan saiz untuk menyokong payudara.
3. BENTUK UNDERBAND TIDAK LURUS
Sekiranya anda membeli saiz yang salah, ini akan menyebabkan bentuk underband bra tersebut tidak membentuk dengan betul kerana terlalu ketat atau kecil.
4. BAHAGIAN TENGAH BRA ‘KOSONG’
Bahagian tengah bra antara dua cup tidak melekat dengan betul pada payudara. Ini disebabkan cup yang terlalu sempit atau terlalu besar sehingga menyebabkan tidak sesuai dengan bentuk payudara.
5. TIDAK DAPAT MENAMPUNG PAYUDARA
Sekiranya payudara keluar terjojol daripada cup baju dalam, ini bermakna saiz yang dibeli adalah terlalu kecil. Jadi, pastikan beli saiz yang betul untuk menampung payudara.
6. TINGGALKAN BEKAS/KESAN
Cuba anda tengok, selepas mencabut bra, ada tak meninggalkan kesan? Sekiranya ada, bra tersebut terlalu ketat dan darah tidak dapat mengalir.
Keadaan ini akan menyebabkan iritasi kulit dan rasa sakit atau perit di bahagian payudara.
Jadi, pastikan ukur betul-betul sebelum membeli bra. Kalau salah saiz, rugi duit!
Kredit -SirapLimau.com.
Post a Comment