Dakwwa ceraikan Fyna dua minggu lalu, Ini reaksi Zainal. Memang tak sangka

Dakwwa ceraikan Fyna dua minggu lalu, Ini reaksi Zainal. Memang tak sangka

PETALING JAYA – Bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin mengelak daripada memberi sebarang jawapan tentang kesahihan dirinya sudah bercerai dengan isteri mudanya, Fyna Jebat.

Dakwwa ceraikan Fyna dua minggu lalu, Ini reaksi Zainal. Memang tak sangka



Zainal, 62, ketika dihubungi Kosmo! sebanyak dua kali menerusi panggilan telefon sebentar tadi memaklumkan, dia sedang sibuk buat masa sekarang.

ARTIKEL MENARIK:Wahid Satay meninggal dunia


“Maaf, saya sedang driving (memandu). Cuaca pun tak berapa elok sekarang. Sedang hujan.

“Saya telefon anda sebentar lagi,” katanya sambil meletakkan panggilan dan kemudian, terus hilang daripada radar termasuk tidak menjawab mesej ditinggalkan menerusi WhatsApp.

Terbaharu, media melaporkan bahawa saudara terdekat Zainal mengesahkan bahawa perkahwinan lelaki itu dengan Fyna sudah musnah.

Mereka dikatakan sudah bercerai dua minggu lalu.

Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mengatakan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.

“Kenapa perlu kongsi semula cerita bulan April yang lalu?


“Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.

“Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” katanya dalam ruangan komen.



Loading...


Pada 17 Mac lalu, Fyna dalam satu temu bual bersama media memberitahu isteri pertama Zainal iaitu Zalina sudah menarik laporan polis insiden pergaduhan membabitkan dirinya dengan madunya di sebuah restoran di Shah Alam pada 23 Januari lalu.

Sebelum itu, Fyna pada 9 Januari lalu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.

Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post