Siti Bainun Minta Tangguh Hukuman Dari Penjara, Alasan Yang Dia Beri Lain Dari Yang Lain

Siti Bainun Minta Tangguh Hukuman Dari Penjara, Alasan Yang Dia Beri Lain Dari Yang Lain

Sebelum ini, Siti Bainun telah membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman penjaranya termasuk menyatakan sembilan alasan.

Siti Bainun Minta Tangguh Hukuman Dari Penjara, Alasan Yang Dia Beri Lain Dari Yang Lain



Sembilan alasan itu termasuk telah memfailkan rayuan sabitan hukuman di Mahkamah Tinggi, kes ini merupakan kesalahan pertama dan dirinya tidak pernah melanggar syarat jaminan.

ARTIKEL MENARIK:Shila Amzah Beri ‘Hint’ Hubungan Cinta Dengan Ubai Berakhir?-“Terima Kasih Untuk 5 Bulan…”


Bainun juga memberi alasan perlu menanggung ibu yang sakit, menjaga seorang kanak-kanak dan menyatakan rayuan bermerit dengan peluang tinggi untuk berjaya.

Alasan-alasan yang lain turut direkodkan adalah aktif dalam kerja amal, merupakan seorang wanita dan mempunyai masalah kesihatan seperti asma, hempedu dan gerd.

Walau bagaimanapun, pihak Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Siti Bainun kerana tiada keadaan khas mewajarkan wanita itu dilepaskan.

Jika permohonan ini dibenarkan beliau akan terus bergiat cergas dan mungkin melakukan kesalahan sebegini lagi kerana pemohon mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan.


Loading...


Hakim juga menjelaskan afidavit daripada Pegawai Perubatan Klinik Penjara Wanita Kajang, Dr S Sunita memberitahu bahawa Siti Bainun dalam keadaan stabil dan pihak penjara mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk merawatnya.

Kredit: Astro Awani

Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post