“Dari dulu…. Hantam i….”-Isteri Tunjuk Bukti Dipukul Influencer Terkenal, View Chin

“Dari dulu…. Hantam i….”-Isteri Tunjuk Bukti Dipukul Influencer Terkenal, View Chin

Nampaknya, sejak 2-3 bulan ini kita selalu ‘dihidangkan’ dengan berita-berita penceraian dan skandal artis ya… Tidak terlepas, isteri seorang TikToker yang terkenal, View Chin telah mendedahkan bahawa suaminya ditangkap curang dengan pekerja sendiri!

“Dari dulu…. Hantam i….”-Isteri Tunjuk Bukti Dipukul Influencer Terkenal, View Chin



Melalui postingnya di laman FB, Shermine Hau-Ah Moi, isteri kepada View Chin telah mendedahkan kepada umum mengenai kecurangan suaminya. Ketika artikel ini ditulis, posting Shermine telah mendapat 33k likes dan 14k shares.

ARTIKEL MENARIK:View Chin Ada Skandal Dengan Staff Nama Mira, Sekali Terdedah Status Sebenar Mira. Rupanya Dia Dah…


Katanya lagi, dia sangat kecewa dengan suaminya kerana sanggup menduakannya.

“Bulan lepas, mereka telah pergi beli hadiah untuk hari jadi saya bersama-sama. Saya tidak sangka ini akan berlaku. Saya ingat suami saya mencintai saya.”

Tambahnya lagi dalam posting yang berbeza, Shermine sangat kecewa kerana tidak mengendahkan laporan-laporan daripada netizen.

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf. Sebagai seorang influencer yang popular, saya meminta maaf kepada semua peminat, supplier, family dan kawan-kawan. Saya dan keluarga sangat kecewa dan sakit hati dengan semua yang berlaku.”

“Kepada semua followers yang pernah nasihatkan saya supaya berhati-hati, saya akui apa yang anda cakap itu benar. Tetapi, saya sangat percayakan suami saya. Katanya, semua ini hanyalah marketing strategy… Biarlah orang kecam asalkan view naik.”

“Tetapi, rupanya saya yang salah. Salah saya kerana mempercayai suami yang sudah berkahwin dengan saya selama 8 tahun.”

“Lebih mengecewakan, pada September 2022 lalu, suami saya pergi ke Bali sendirian kerana stres. Tetapi, ada seseorang yang DM saya di Instagram dan melaporkan bahawa suami saya bukan ke Bali seorang diri.

“Suami hanya jawab ‘awak terlalu famous, ada orang bersikap toksik terhadap kita’. Suami minta saya blok akaun tersebut dan tidak mempedulikan tuduhan tersebut lagi.”

Shermine juga sempat mengingatkan orang lain agar tidak menjadi perampas.

“Finally, Tuhan sudah tunjukkan. Siapa jadi penyondol, dialah yang tanggung.

Kalau nak main, jangan main laki orang. Bukan tak cantik, jangan lah jadi perampas

I bagi you live, bagi u kerja, bukan bagi u laki tau?”



Loading...


Rentetan isu ini, ramai yang bertindak memboikot sebarang siaran langsung (live) yang diadakan oleh View Chin.

Netizen juga turut memberikan kata-kata semangat untuk isterinya dan meminta Shermine agar tidak mudah berputus asa.

Isteri Tunjuk Bukti Dipukul Influencer Terkenal, View Chin

Perkara ini didedahkan sendiri isteri kepada View Chin berkenaan di Facebook miliknya yang menunjukkan perbualan suami dan pekerjanya di aplikasi Whatsapp.

Bukan tu jer, isteri View juga ada kongsikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mereka bertengkar sebelum lelaki itu memukulnya.

Sumber video: Shermine

Sebelum ini juga Shermine pernah dinasihatkan netizen supaya berhati-hati dengan penyondol tapi dia lebih percaya suaminya hanya lakukan itu sebagai ‘marketing’ semata.

Macam biasa, apa yang kita nampak dalam media sosial tak semestinya sama dengan ‘real life’. Apapun, semoga dipermudahkan untuk Shermine.

View Chin merupakan seorang founder barangan fesyen yang sangat terkenal di TikTok. Buat masa sekarang, laman TikToknya mempunyai 2.5M followers.

Kredit: Facebook Shermine

ARTIKEL MENARIK: Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post