‘Bayar ganti rugi atau tunggu surat lawyer saya!’ – Aliff Syukri bengang barang bernilai RM400K dipecahkan oleh Yana Samsudin

‘Bayar ganti rugi atau tunggu surat lawyer saya!’ – Aliff Syukri bengang barang bernilai RM400K dipecahkan oleh Yana Samsudin

Kejadian sebenar atau marketing? Itu persoalan yang bermain di fikiran netizen. Namun, lebih ramai yang percaya bahawa itu semua hanya sekadar lakonan semata-mata.

‘Bayar ganti rugi atau tunggu surat lawyer saya!’ – Aliff Syukri bengang barang bernilai RM400K dipecahkan oleh Yana Samsudin



Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memuat naik video yang menunjukkan dirinya bergelut dengan suami Fadzil Zahari, iaitu suami kepada pelakon Yana Samsudin, hanya kerana terpecahkan pasu bernilai RM400,000.

ARTIKEL MENARIK:Babak Kejar Kereta Pak Ehsan Undang Sebak, Rupa-rupanya Adi Dan Yeye Adik-beradik Betul!


Berdasarkan video tersebut, kedengaran Aliff tidak berpuas hati dan mahu menghubungi polis. Namun dibalas oleh Fadzil bahawa mereka mampu membayar ganti rugi, tetapi tidak perlu menghina mereka.


Fadzil: Dia nak hina kita! Dia nak hina kita!

Aliff: Panggil polis lah! Panggil polis! Rakam (video) tak?! Mana, rakam video! Viral! Viral! Viral!

Fadzil: Cakap elok-elok Datuk, jangan hina kami! Datuk nak kami bayar, kami boleh bayar tetapi jangan hina kami!

Pada kapsyen video, Aliff menuntut pasangan itu membayar ganti rugi dan memberi respon terhadap postingnya dalam tempoh 48 jam.

“Kau mampu bayar atau tak?! Saya terpaksa post video ini sebagai bukti dan saya ada simpan semua video sebab rumah saya ada CCTV.

“Kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, sampai ke hari ini awak berdua masih tak bayar ganti rugi saya! Penerbit Alif Farhan sebagai saksi kejadian ini.

“Saya bagi masa 48 jam untuk response! Kalau tidak, awak berdua tunggu surat lawyer saya!

“Bila datang buat foto shoot rumah orang, tolonglah jaga harta benda di rumah saya ini, bukannya barang kat rumah saya ini murah (barang) pasar malam. Please respect.

“Jenis dah pecahkan barang orang, lepas tu senyap saja. Lepas tu kurang ajar tak mengaku salah. Nak saa posting video lagi, jangan sampai aib awak satu family,” katanya.

Sementara itu, Fadzil melalui akaun Instagramnya turut memuat naik gambar kejadian dengan kapsyen, “Kurang ajar”.



Loading...


Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meminta Aliff Syukri untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Malah ada juga yang mendakwa video ini adalah marketing semata-mata.

“Si Yana tu acah2 terhuyung hayang pegang kepala macam citer mami jarum tu dah kenapa. Cuba la realistik sikit lakonan memasing kahkah”


“Aku lah kan dia ni. Lawak betul..Gitu gitu je dia nak gula gulakan kita”


kredit: https://www.thereporter.my/


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post