Baru sejam sampai di kampung, lelaki maut ditikam anak saudara yang bengang tak dibelikan motosikal

Baru sejam sampai di kampung, lelaki maut ditikam anak saudara yang bengang tak dibelikan motosikal

Baru sejam sampai di kampung halaman di Jakarta, seorang lelaki berusia 32 tahun di Kampung Pakembaran, Kabupaten Tegal, maut ditikam anak saudaranya sendiri dalam kejadian Isnin lalu, 17 April 2023.

Baru sejam sampai di kampung, lelaki maut ditikam anak saudara yang bengang tak dibelikan motosikal



Lapor Tribun Medan, Wahyono, maut dibunuh suspek, Aprilio Rosi, 23, yang ketika itu bengang dengan orang tuanya sendiri yang enggan membeli motosikal untuknya.

ARTIKEL MENARIK:Wanita mangsa buli turun berat badan daripada 115 kepada 63 kilogram


Bapa suspek, Rosichin berkata, Aprilio pada awalnya meminta dia membelikan sebuah motosikal. Tetapi disebabkan dia tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tidak mampu menunaikan permintaan tersebut, Aprilio mula mengamuk dan mengancam mahu membunuh bapanya. 


Bimbang dengan keselamatan dirinya terancam, Rosichin segera melarikan diri dan bersembunyi di luar rumah.


Kebetulan pada ketika itu, mangsa baru pulang dari Jakarta dan cuba menenangkan Aprilio. Malangnya dia menjadi mangsa di mana Wahyono ditikam oleh Aprilio menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur. 



Loading...


"Mangsa baru sejam pulang ke rumah," kata Rosichin. 


Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. 


Keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat ditikam menggunakan senjata tajam sebanyak tiga kali di bahagian dada.


Kredit -The Reporter




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post