Pelakon, Puteri Sarah bertindak menghapus semua hantaran yang pernah dimuat naik sebelum ini di Instagram terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Bukan takut tapi penat
ARTIKEL MENARIK:“Punyalah Banyak P*pek, Anak Aku Juga Dia Nak Try” – PS Dedah Ada Video Tak Senonoh Syamsul Dan Ira Sebelum Nikah?
Menurut Puteri Sarah, tindakanya berbuat demikian bukan kerana takut, tetapi dia akui sudah penat dengan permainan ‘drama’ oleh pengarah berkontroversi itu.
Saya bertindak buang semua posting saya bukan kerana takut, tetapi saya sangat penat dengan semua ini. Seriously, sangat penat dengan semua drama yang berlaku ini.
Kepada Mohd Syamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau menjawab dekat akhirat nanti.
Sarah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Jumaat.
Dalam masa sama, Sarah berkata dia akui menyesal mendirikan rumah tangga bersama Syamsul dan berharap agar dapat keluar daripada perkahwinan yang penuh dengan toksik itu. Jelasnya lagi, dia hanya mahu hidup bahagia bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Saya hanya mahu keluar daripada hubungan perkahwinan yang penuh toksik ini. Saya mahu bebas dan hidup bahagia dengan kehidupan saya dan anak-anak.
Satu perkara yang pasti aku menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan kau, tetapi aku bersyukur sangat dapat mak dan bapa mentua yang paling terbaik dalam hidup saya.
Awak nak menang? Awak ambil la semua harta-harta. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab lah. Lepaskan aku, ceraikan.
Terdahulu, Sarah dan Syamsul dilihat saling membalas kenyataan di Instagram masing-masing. Malah peperangan antara kedua mereka dilihat bagai tiada penghujung sebelum Puteri Sarah bertindak menghapus semua hantaran berkaitan Syamsul di Instagram miliknya.
Pada Selasa lalu, Puteri Sarah yang ditemui usai perbincangan perceraian bersama suami di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan berkata, dia tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.
Malah, Puteri Sarah berkata dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul pada Selasa lalu, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
Kredit -
Post a Comment