Tiga beradik dipercayai didera, dua dirantai di kaki

Tiga beradik dipercayai didera, dua dirantai di kaki

KANGAR – Tiga beradik lelaki dipercayai mangsa dera ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di sini semalam.

Tiga beradik dipercayai didera, dua dirantai di kaki



Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata seorang lelaki yang menemukan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

ARTIKEL MENARIK:53 penduduk berpindah ke PPS, rumah dilanda banjir


“Dua daripada remaja tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad OKU masalah pendengaran dan pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga beradik itu dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama.

“Mereka telah melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan didera. Lain-lain maklumat belum diperoleh kerana mangsa enggan bercakap,” katanya.



Loading...


Yusharifuddin berkata ketiga-tiga remaja itu sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) serta dilaporkan stabil.

Menurutnya polis telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai ibu mangsa dan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek tersebut direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.-BERNAMA


Kredit -malaysiagazette



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post