TAIPING- Kira-kira 30 buah rumah di Kampung Batu 5 dilanda banjir kilat sedalam hampir satu meter malam ini.
Pegawai Bertugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd. Faisal Mohd. Izham berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 8.35 malam.
ARTIKEL MENARIK:Monopoli PUSPAKOM tamat 31 Ogos 2024
“Dua warga emas dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dengan menaiki kenderaan utiliti untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sungai Relung.
Loading...
“Seramai 53 orang penduduk turut berpindah sendiri ke PPS yang telah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment